Terima Kasih Sahabat

Monday, 6 January 2014

CUTI-CUTI CHINA GUILIN PART 1

Iam Back....

Agak lama saya menyepikan diri....bersarang dah blog ini..... ok jum saya nak bercerita cuti2 yang saya plan since awal tahun 2013....
En suami confirmkan tiket.... so kitaorg decide utk ke Guilin China pada 28hb.12.2013. So penerbangan ke Kuala Lumpur (KLIA) PADA 27hb.12.2013 pada jam 6.50 pm...saya di landa demam panas yang sangat teruk,,selepas saya check in semasa menunggu flight tiba...saya tidur...syukurlah En Suami ada di sisi...membantu saya...hampir2 saya putuskan utk tidak meneruskan penerbangan ke KL, lantaran tak tahan dengan demam panas yang melanda.
Dalam tengah2 sakit tu sempat juga En Suami bergurau..katanya kita teruskan fly saja ke KL, tak perlulah p guilin....cuti2 kat cameron higland....hehehehe pandai Encik Suami pujuk saya utk teruskan perjalanan.hehehe...so saya pun teruskan penerbangan...dalam flight saya hanya tidur....suami kejutkan utk makan ubat...dan saya sambung tidur....Terima Kasih En Suami.....
Sesampainya di KLIA....kami terus mengambil bas menuju ke LCCT utk persediaan berlepas ke Guilin esok harinya....dan kami berlepas ke Guilin pada pukul 5.50 pagi waktu malaysia.....

O ye nak habaq skit nak masuk China kena mohon Visa...kalau tadak Visa ...mmg kena kick out tak boleh terbang ke china... Mohon Visa sekurang2nya sebulan sebelum fly ke China.. Ingat tu...hehe 
saya buat Visa melalui Travel Agen yang ada kat KK, o ye..bukan semua Travel Agensi di Bandaraya Kota kinabalu ni akn bantu anda buat Visa...

Day 1 


Memandangkan Kami hanya bermalam di LCCT so tak berapa nak kelam kabut sangat, saya tidur sahaja sepanjang malam menunggu utk perlepasan ke Guilin esok pagi kerana faktor tidak sihat, Lebih kurang jam 4.00 pagi, terus check-in beg dan masuk ke ruangan berlepas. Ngam-ngam je duduk dalam 15 minit kat departure hall tu, pengumuman untuk pelepasan dibuat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penumpang yang nak ke Guilin pon agak rama jugak, dan kebanyakannya adalah warga China dan ada jugak beberapa warga Malaysia yang nak pergi melancong mahupun balik kampung macam kami. Penerbangan ke Guilin 28.12.2013 LCCT Kuala Lumpur  menaiki Air Asia AK 1034 penerbangan jam 5.55 am waktu Malaysia dan dijangka tiba pada jam 9.50 am waktu China. (Sebenarnya tak beza sangat pun...so tak perlulah betulkan Jam anda). Kami sampai dengan selamatnya

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guilin mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Liangjiang International Airport, Guilin lebih kurang jam 9.50 pagi. Cuaca masa tu agak mendung tapi tak berarti hujan. Alhamdulillah juga kami tak perlu beratur panjang untuk pemeriksaan bagasi memandangkan pegawai Kastam di sana melepaskan kami keluar tanpa perlu diperiksa. (Ajaib jugak, mungkin sebab nampak kami ni bawak begpek je kot?). 


Ini contoh Daparture Card yang perlu di isi sewaktu sampai di Liangjiang International Airport
 (Saya ambik dari blog Saudara Janggeltrekkter's untuk rujukan ) sebelum pasport di periksa oleh
Pegawai Imegresen. Sertakan sekali Departure Card  ini bersama Pasport anda.

Bas Ke Guilin City

Pelan seterusnya adalah menaiki bas ke Guilin City. Ha mana nak cari bas? Bas awam menuju ke Guilin City boleh didapati betul-betul di hadapan balai ketibaan (Domestik). Keluar je pintu, silalah menuju ke pintu keluar ketibaan domestik dan kat depan tu ada beberapa buah bas sedang menanti. Konsepnya, tunggu penuh baru jalan. Memula tu agak was-was la jugak dengan bas tu samada betul ke ke Guilin City atau tak, setelah bertanya sana-sani akhirnya memang kompom basnya di situ. So simpanlah beg-beg gedabak di dalam perut bas dan tunggu penumpang penuh.Tak perlu menunggu lama, sebab Bas pun dah nak penuh, kebetulan hanya ada dua tempat kosong memang ngam2 utk saya dan En Suami. Eh baru teringat main redah je naik bas, saya lupa nak beli tiket bas..Aduh sudah... tak pasal2 kena turun pula kang.... Akhirnya kerisauan saya terlerai bilamana dalam perjalanan akan ada sorang kondakter bas yang akan memungut duit tiket. So sila sediakan 20 Yuan (RM 10.00) untuk tambang bas tersebut. Murah je, tak mahal pon... bas pon agak selesa, cuma agak panas sikit sebab ekonnya slow. Cuaca pon takda la sejuk sangat, tak sampai gigil-gigil pon. (Cuaca di Guilin semasa kami sampai ialah 4darjah celcius. 



Yeye Kami Dah Sampai.... 


(Gambar ini saya ambil dari Blog Sahabat Janggeltrakers, utk rujukan sahabat2 yang ingin ke Guilin)
Lihat betul2 gambar Bas tau..supaya tak silap Bas.hehehe (Tq Janggeltrakers sebab Blog anda sangat2
Banyak membantu. 


International LiangJiang Airport Guilin China 

Perjalanan dari Linjiang International Airport ke Guilin City mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas (lebih kurang macam jarak di antara KLIA dengan Bandaraya Kuala Lumpur la jaraknya kalau ikut highway). 

Saya cadangkan rakan2 yang ingin ke Guilin, elok booked hotel dari Malaysia ... Saya memilih Wada Hotel Kerana tempat ini merupakan tempat penginapan pilihan seluruh backpakers dunia termasuk rakan2 dari Malaysia yg pernah ke Guilin ..mmg saya cukup berpuas hati.... boleh buat booked melalui agoda.com. Murah, senang n jimat. 

Sesampainya kami di Bandar Guilin, Bas berhenti betul2 depan Swan Hotel. Alamat 



Wada Hostel in Guilin 
瓦当青年旅舍 广西桂林市象山区环城西一路212号 
212 Huan Cheng Xi Yi Rd. Guilin, Guangxi, China 541002 
 Tel: +86 773 215 4888



Panduan Arah Tuju Ke Wada Hostel Guilin 


Sebenarnya saya pun agak blur bila mula2 lihat peta ni....Tak faham sangat, Berpusing2 juga dengan En Suami mencari arah tuju Hotel ni... 
Adalah lebih kurang 2 jam pusing2 dgn Hubby mencari Hotel, Last2 kita org jumpa juga..... 

Wada Hostel..saya syorkan pada rakan2 yang mahu ke Guilin...silalah lawat or stay di sini
Staf nya semua ramah2...dan baik2 belaka... Lagi satu boleh layari FB...kat sini hehehe


Suka suki di sini 

Utk hari pertama ni..saya dan en suami x ke mana2...cuma servay2 tempat....nak cari di mana kedudukan Stesen Bas n Stesen Keretapi... Kitaorg x berjalan sangat sampai kat Guilin ni sebab saya pun agak tak berapa sihat ...so jom layan2 gambar sajalah .....


Guilin 28/12/2013 


Layan Gambar Saja ye..... 

Stesen Kereta Api... Bangunan ni kena tgk betul2  Dari Luar... Kalau tak mmg kita
Tak perasan ini stesen Keretapi... Dekat jalanraya saja.. 
nak lintas jalan kena mengucap dulu.... kan sini memang seriau betul jalanraya mrk...
Bersimpang siur kereta...so Hati2 kalau nak melintas.....


O ya memandangkan kami nak ke Shenzhen maka saya n hubby putuskan utk ke sana menaiki Train, utk makluman kawan2... saya dah booked tiket train ni 4 bulan awal, dari tarikh kami nak ke shenzhen, Bukan apa... takut nanti sampai2 kat guilin baru nak beli tiket silap2 tiket habis... so sebab tu saya plan awal beli tiket keretapi ni,  

Lagi satu kita ada pilihan lain, if tak nak naik train boleh juga naik bas, perjalanan dari Guilin ke Shenzhen mengambil masa selama 9 jam lebih kurang lah....

Nak check harga tiket Trian boleh Rujuk kat sini..... 

http://www.chinatrainguide.com/

http://www.travelchinaguide.com/china-trains/

NOTE *oleh kerana perjalanan ke stesen kereta api n setesen bas agak jauh juga dari wada hostel saya dan Hubby menggunakan perkhidmatan bas dalam bandar yang bernombor 10, naik bas ni tambang cuma 1 yuen. Bas akan melalui Wada Hostel, so tak perlu penat2 nak berjalan kaki....hehe.. 

Ok ni utk catatan hari pertama.... nanti saya smabung lagi....

Selamat membaca kawan2..... 



Friday, 20 December 2013

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH



Yes!!! its amazing place kalau sesiapa yang nak bercuti....

Kalau ada sesiapa yang bertanya kepada saya....tempat yang paling seronok utk dikunjungi di malaysia..pastinya saya akan memilih melaka.

Melaka sebuah negeri yang sgt kaya dengan khazanah dan timbunan sejarah. Justeru itu aku ambik kesempatan pada percutian yang tidak di rancang utk mengajak En Hubby ke sini. Kebetulan Hubby berkursus di Johor selesai kursus aku bgtau pd Hubby pasal rancangan aku untuk ke Melaka...
Alhamdulilah.... Hubby x bantah.... then segala urusan Booked Hotel n segala mcm Hubby serahkan pada aku... Katanya aku Pakar dalam urusan sebegini... Hahaha... pandailah....

Seperti yang di rancang kami ke melaka selama bermalam sehari dan balik ke esokkan harinya.
Banyak tempat yang aku tak sempat nak pergi tapi Hubby janji next time datang lagi ke sini  tapi kena bermalam selama 2 hari atau 3 hari...

Tak susah nak datang ke melaka... menaiki Bas dari Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan. rujuk link Terminal Bersepadu Selatan  utk ke sini Dari Kuala Lumpur kita boleh menggunakan Teksi atau pun menaiki komuter di KL Sentral.
Rata2 bas yang ada di sini semuanya menuju ke arah melaka, seremban, johor dan Singapore.

Sampainya di melaka... kami di turunkan di Melaka Sentral..pusat perhentian Bas utk menuju ke bandar melaka... kami menaiki Bas Bernombor 17 dengan harga tiket RM 1.00.

Di antara gambar2 yang sempat saya rakamkan...

Selamat Datang Ke Melaka

Taming Sari.. 

gambar lagi.... hehehe 

Menara Taming Sari...Sampai Melaka Tak Naik Ni Memang Rugi

Dataran Pahlawan.....with Hubby 

Pemandangan di Sekitar Melaka Dari Menara Taming Sari 

Pecinta Sejarah 

Pokok Melaka

Buah Melaka ..tapi x boleh Makan Tau 

Amazing Picture ..kata Hubby Aku ada Bakat jadi Photographer... hahaha 


Tak Rugi kalau Datang Ke Melaka...

Salam Sayang...dan selamat Membaca......

Wednesday, 18 September 2013

RANGKA BAJET GUILIN-SHENZHEN -HONGKONG

Ramai sahabat2 FB dan sahabat2 saya di luar sana PM/sms  saya utk buat anggaran Bajet perjalanan Travel GUILIN-SHENZHEN -HONGKONG.... 
so saya kongsi apa yang saya dah servay...utk memudahkan siapa2 sahabat saya utk buat trip solo mcm ni boleh le follow trip ni...kita permudahkan.... utk semua sahabat2 yg plan nak travel dapat buat bajet yg betul2 sesuai.....

O ye Trip ni ialah anggaran perbelanjaan utk 2 org

DAY 1 (28.12.2013)

            -Checkin Hostel Wada (RM 39.00 = 2 ORANG -katil)
            -Reed Flute Cave- (RM 90.00 2 org)

(RM 129.00)

DAY 2 (29.12.2013)

            -Ke Yangshuo = Tiket Bas  ( RM 23.52-2 ORG)  (perjalanan 1 Jam 30 minit)
            *Beli Tiket Awal Masa Samapai Di Guilin terus beli Tiket

-          Checkin Bamboo House Hostel (RM 69.74) (1 Bilik-1MALAM )
-          Impresion Show (RM 96.19) 
-          Yulong RiverWater Rafting (RM 90.00 - 2 ORG)
-          Yulong River Picture (RM 24.00)

  (RM 207.26)

DAY 3 (30.12.2013)

-          Shangri La Entrance Fee (RM 37.41/ SORG) (RM 74.82 = 2 org
-          Balik ke Guilin –Check In Wada Hotel  (RM 39.00 = 2 ORG)
  
 (RM 113.80)


DAY 4 (31.12.2013)

Train Schedule:

Ticket Class: Hard Sleeper
Ticket price: CNY247.50net per ticket (RM 132.25) = 2 ORG)
Passenger(s): X 2

(RM 132.25)

DAY 5 (1.1.2014)

-          Sampai Jam 10.50am Checkin di Dongman Central Road Garden (RM276.44 = 3 Hari)

(RM 276.44)


DAY 6 (2.1.2014)

-          Ke Window Of The World, Entrence Fee (RM 85.50 –SORG) (RM 171.00 – 2 ORG)

(RM 171.00


DAY 7 ( 3.1.2013)

-          CheckOut – dan Terus ke Stesen Bas utk ke Hong kong (Bas No 330) (RM10.00 SORG) (RM 20.00 2 ORG)
-          Checkin – New Cosmos Guest House (RM271.50 = 2 Hari) (135.75 =1 Hari)

(RM 157.75)



ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN UTK 2 ORG : RM 1,187.75

(Sebenarnya masih boleh kurangkan lagi bajet ni....tapi sebab berdua maka ada tempat2 yang kami tinggal kat hotel...sebenarnya kalau ramai boleh tinggal di hostel..yang jauh lebih murah, so pandai2 lah kengkawan nak bajet tinggal kat mana....)
    

Tuesday, 17 September 2013

CATATAN PERJALANAN KE KL (MALAYSIA) – CHINA GUILIN-SHENZHEN –HONG KONG-KK (MALAYSIA) 27/12/2013 HINGGA 05.01.2014

27/12/2013 – BKI – KUL 6.55 PM -9.30 PM (BY MAS MH 2631)

28/12/2013 – KUL –GUILIN 6.20 AM – 10.55 AM (BY AIRASIA)

JOURNEY IT BEGIN…….

(28/12-31/12/20130)

DAY 1 (28.12.2013)

            -Checkin Hostel Wada (Booking.com) CNY 72,98 = 2 Orang)  (RM 39.00 = 2 ORANG)
            -Reed Flute Cave- (masuk – CNY 90 = (RM 45.00 / PAX)
            -Jalan2 Melihat Pagoda


DAY 2 (29.12.2013

            -Ke Yangshuo = Tiket Bas CNY 22/Pax ( RM 11.76)  (perjalanan 1 Jam 30 minit)
            *Beli Tiket Awal Masa Samapai Di Guilin terus beli Tiket

-          Checkin Bamboo House Hostel CNY 130.51  (RM 69.74) (1 Bilik )
-          Impresion Show (Tiket CNY 180.00) (RM 96.19) PAX
-          Yulong RiverWater Rafting (CNY 90) (RM 45.00)
-          Yulong River Picture (CNY 45) (RM 24.00)


DAY 3 (30.12.2013)

-          Dari YangShou – Shangri La (Belum Sure Pengangkutan Ke Sini)
-          Shangri La Entrance Fee CNY 70.00 (CNY 140.00=2 ORG) (RM 37.41/ SORG)
(RM 74.82 = 2 org)
-          Balik ke Guilin –Check In Wada Hotel (Booking.com) CNY 72.98=2 ORG) (RM 39.00 = 2 ORG)
-          Jln2 sekitar Guilin


DAY 4 (31.12.2013)

-          12.00 tgh Check Out (Simpan Beg –Jalan2 sekitar sementara Tunggu Train Bertolak ke Shenzhen

Train Schedule:

Date                            Journey              Train         Time
December 31  Guilin/Shenzhen        K950   21:18/10:50

Ticket Class: Hard Sleeper
Ticket price: CNY247.50net per ticket (RM 132.25) = 2 ORG)
Passenger(s): X 2

           

DAY 5 (1.1.2014)

-          Sampai Jam 10.50am Checkin di Dongman Central Road Garden ( Agoda.com 364537480)
CNY 517.33 = 3 Hari (RM276.44 = 3 Hari)

-          Jln2 Sekitar Shenzhen (tempat menarik di Shenzhen)


DAY 6 (2.1.2014)

-          Ke Window Of The World, Entrence Fee CNY 160/ PAX (CNY 320 = 2 ORG)
 (RM 85.50 –SORG) (RM 171.00 – 2 ORG)
-          Sampai habis lah melawat di sekitar2 ni


DAY 7 ( 3.1.2013)

-          CheckOut – dan Terus ke Stesen Bas utk ke Hong kong (Bas No 330) CNY 20/PAX
(RM10.00 SORG) (RM 20.00 2 ORG)

-          {Ada beberapa pilihan perjalanan untuk sampai ke sempadan China dan Hong Kong.  Cara yang paling mudah mungkin dengan subway, tapi kita tak dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Boleh juga menaiki teksi tapi tambangnya mungkin lebih mahal. Alternatif lain ialah dengan menggunakan bas. Selain dapat melihat pemandangan tambangnya juga sederhana. Jika mahu menaiki bas, ambil bas bernombor 330 dengan tambang CNY20 (RM10 sahaja).}
Kaunternya terdapat di luar kawasan ketibaan. Perjalanan ke Luo Hu (pos imigresen China)  mengambil masa lebih kurang 45 minit.

-          Checkin – New Cosmos Guest House ( Agoda.com 36428611)
-          HKD  641.69) = 2 Hari (RM271.50 = 2 Hari) (135.75 =1 Hari)

-          Distinasi 1 - Avenue of Stars


DAY 8 ( 4.1.2013)

-          Hong Kong Disneyland ( rujuk blog http://mymiee.blogspot.com/2011/11/percutian-ke-shenzhen-hong-kong-dan_15.html) sebagai panduan

-          The Peak (Rujuk Blog http://mymiee.blogspot.com/2011/11/shenzhen-hong-kong-dan-macau-pt-4.html) Sebagai Panduan

-          Ladies Market Mong Kok ((Rujuk Blog http://mymiee.blogspot.com/2011/11/shenzhen-hong-kong-dan-macau-pt-4.html ) Sebagai Panduan.


DAY 9 (5.1.2013)
-          Check Out -  Airport.. Hong Kong – BKI (Airasia)


TAMAT PERCUTIAN NEW YEAR 2014


-           

Friday, 13 September 2013

Misi Mencari Cinta~ Miri Sarawak....

hahaha Tajuk Cam gempak je kan.....?

Anyway apa khabar sahabat2 saya.... aku dah mula busy skang...cuti semester dah habis, start sem baru dgn 3 assigment yang cukup tuff...seronok sebenarnya bergelar pelajar...wlupun tugas sebagai pekerja dan tanggungjawab sebagai isteri berjalan serentak namun pengalaman ini cukup bermakna....

Aku ambik kesempatan ini utk menulis cerita percutian singkat kat Miri, tak lama pun 2 hari jer.
sebab ikut En Hubby...yang kebetulan berkursus kat sana....
so aku tak dapat ke mana2 walaupun Miri is the best town tempat utk bercuti, jalan tak jamed, tak sesak...

Sedikit info mengenai Miri yang sempat aku sempat aku cari kat google utk tujuan konon2 nak melawat2 le di sini...memandangkan En Hubby kursus so aku plan nak ke tempat2 ni...

BACA DI SINI

tapi sayang...Tak sempat...masa ada dua hari...so aku simpan je angan2 tu..kot2 nanti boleh ke sana lagi...

O ye...Kenapa aku nak datang ke Miri? (ntry berkaitan Tajuk ni hehehe)

sebab 

Lepas Kahwin 6 TAHUN DULU, En Hubby ajak Honeymoon kat sini.... hehe aku sekadar nak refresh balik kenangan2 kami masa mula2 kahwin dulu...ye lah bercinta lepas kahwin..kenal singkat....tunang pun singkat...Alhamdulilah....hubungan itu kekal hingga kini....Thanks Abang kerana menerima diri ini seadanya....

Ok jum kita tgk2 pic yang aku sempat rakam selama kami kat sini

Makanan Laut kat sini Fresh....utk 2 org hanya RM 68.00, dgn 3 hidangan yg sangat sedap.. 

posing....hahaha 


Mega Hotel Miri Sarawak 

makan...makan...n makan.....

Proud To Be Malaysia........ MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!!

OK chow Chin Chow.....DATANGLAH MELAWAT MIRI.........

salam sayang.......

Saturday, 31 August 2013

GAMBAR DI PULAU PENYENGAT BBATAM INDONESIA PART 4



Jetty Pulau Penyengat dan Jetty Tanjung Pinang 



Jetty Tanjung Pinang Tempat Beli Tiket Nak Ke Pulau Penyengat 








Gurindam 12 


Ada 3 Pelamin Kat Sini 

Rumah Adat 





Masjid Raya Sultan Riau yang Di Bina Menggunakan Putih Telur 



CUTI-CUTI PULAU BATAM-PULAU PENYENGAT PART 3

Salam Merdeka...Selamat Bercuti Buat semua....Alhamdulilah aku berkesempatan utk meneruskan penulisan perihal perjalanan n percutian aku kat Pulau Batam. Done Lawatan kat Kem...esok nya aku meneruskan perjalanan dan percutian ke Pulau Penyengat. Ada yang kata tak sah perjalanan ke Batam kalau tak ke Pulau Penyengat..Then aku sangat2 Teruja utk ke sana sebab aku nak tau apa yang menarik dan apa yang istimewanya kat sana hingga ada tempat itu menjadi tumpuan...

Sedikit Info mengenai Pulau Penyengat Di Sini
SEJARAH SINGKATPulau Penyengat ini terletak di sebelah Barat kota Tanjung Pinang sejauh lebih kurang 1,50 KM. Luasnya tidak  lebih dari 3,50 KM. Sebagian besar penduduk nya bermata pencaharian sebagai Nelayan, buruh lepas, Pegawai Negeri dan pekerja swasta di Tanjung Pinang. Alkisah, legenda mengatakan nama PENYENGAT di berikan kepada pulau ini di karenakan  beberapa waktu yang lalu (sebelum zaman kerajaan) ada beberapa pelaut suku Bugis yang datang mengambil air bersih dan saat itu di serang oleh Penyengat (lebah) yang mengakibatkan 1 orang meninggal dunia. Sejak saat itu, beberapa rekan nya menamakan pulau ini sebagai Pulau Penyengat.
Pada tahun 1803, pulau penyengat di bina pusat pertahanan menjadi Negeri dan kemudian berkedudukan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga. Sejak saat itulah, Pulau Penyengat sebagai pusat pemerintahan, adat istiadat, agama islam dan kebudayaan melayu.
Perkawinan antara suku Bugis dan penduduk asli Penyengat (anak Sultan) di nobatkan sebagai Yang Dipertuan Muda. Ada 10 Raja yang pernah berada di Pulau ini dan yang terakhir hijrah dan wafat  di Singapura yaitu Sultan Abdul Rahman.
Pulau ini merupakan mas kawin atau mahar dari Sultan Mahmud Syah ke-3 untuk Engku Puteri Permaisuri Hamidah. Namun sayangnya beliau wafat di Dabo Singkep hingga makam beliau dan Istrinya terpisah.
Nak ke Pulau Penyengat kita mesti menaiki Ferry, Dari Batam ke Jeti Telaga Punggur lebih kurang dalam sejam kalau Tak sesak. Agak jauh juga dan aku memulakan perjalanan dari Hotel dalam pukul 8.00 pagi sebab kami perlu balik hari itu juga ke Johor sebab Aku n En Hubby kena balik KL esok pagi Fly pukul 9 lbh. Seterusnya, kami menaiki teksi ke Telaga Punggur (penduduk tempatan memanggil ‘Punggur’ sahaja) dengan tambang IDR70,000.00 sahaja (sebuah teksi). Sampai sahaja ke Jeti Punggur, kami membeli tiket feri (pergi balik) melalui perkhidmatan Feri Baruna dengan harga IDR65,000.00 sahaja (open ticket… valid for 1 month)… dan sebelum memasuki kawasan berlepas, perlu membeli pas dengan harga IDR7,000.00 lagi.

Dari Jeti Telaga Punggur kami belayar menggunakan Ferry ke Tanjung Pinang utk ke Pulau Penyengat, Tanjung Pinang memiliki keistimewaan tersendiri kerana kaitannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Riau pada suatu masa dahulu. Budaya dan etnik di sini didominasi oleh keturunan etnik Melayu, Tionghoa, Bugis dan Jawa. Bahasa daerah yang digunakan adalah bahasa Melayu yang boleh dianggap unik serta memiliki daya tarikan yang tersendiri kerana digunakan di bumi Indonesia. Jangan terkejut kalau bahasa mereka di sini macam kita-kita juga, lebih kepada Slang Melayu Johor. Langsung tak dengar loghat Indon..Rasa macam berada kat Malaysia Pula.

Dari Jeti Tanjung Pinang kami terus menaiki bot kecik tambang tak mahal sekitar RM1 je utk ke Pulau Penyengat. Perjalanan lebih kurang dalam 10 minit...Tapi seram juga sebab Boat yang kami naiki langsung tak ada safety..dalam hati aku Tuhan saja yang tahu...Bayangkanlah...nak lalu tengah2 laut semput jantung dibuatnya...

Lagi Cerita Pulau Penyengat Kat Di Sini

“Mengikut catatan sejarah yang ada, kerajaan Melayu Riau Lingga diperintah oleh beberapa orang raja yang terkenal diantaranya adalah Opu Daeng Celak yang memerintah pada tahun 1728 – 1745, Raja Haji yang memerintah pada 1777 – 1784, Raja Jaafar yang memerintah pada 1806 – 1832 dan Raja Abdullah yang memerintah pada 1857 – 1858. Sultan Riau Lingga yang terakhir adalah Sultan Abdul Rahman apabila beliau serta keluarga Diraja berpindah ke Singapura pada 1911 mencari perlindungan daripada ancaman penjajah Belanda. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1913, Penjajah Belanda membubarkan kerajaan Riau Lingga bagi menghalang Sultan dan keluarga diraja yang lain daripada balik ke Riau dan menuntut kembali tahta kerajaan Riau Lingga.”
Namun apa yang menarik perhatian aku sebenarnya utk ke sini ialah mahu melihat Masjid Raya Sultan Riau. Masjid yang berwarna kuning yang dibina pada  tahun 1832  atas arahan Yang Dipertuan Muda VII, Raja Abdul Rahman. Mengikut ceritanya, perkara yang paling menarik tentang masjid ini adalah…  bahan pembinaan bangunan masjid ini antara lainnya adalah menggunakan campuran putih telur dan kapur bagi memperkukuh struktur kubah dan dinding masjid ini.

Kiranya habis juga tempat tu kami pusing sehari dan kami sempat balik ke Johor ikut fery last jam 7 malam.
Alhamdulilah selesai percutian Aku Ke Pulau Batam...Sekang aku merancang utk Cuti2 Guilin-Shen Zhen-Hongkong Insyallah kalau tak ada halangan aku dan suami akan ke sana pada 28hb Disember 2013..Aku harap trip kali ini ke China tak ada halangan, patut aku dah fly ke sana pada Jun 2013, tapi En Hubby tak dapat cuti so..aku lupakan je lah niat tu...Tak sangka pula Hubby dah plan tarikh Baru...THANKS B,

O ye pic kat Pulau Penyengat aku buat kat Posting lain...

Selamat membaca dan terima Kasih mengunjungi Blog aku ni....