Friday, 11 July 2008

Anugerah Khidmat Cemerlang..



19.06.2008 Tarikh yang aku tak akan dapat lupakan sampai bila2. Aku tersenarai untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2007. Terasa bertambah tanggungjawab dan amanah yang harus aku pikul demi untuk membuktikan pada kawan2, pada majikan tempat aku kerja bahawa anugerah yang aku terima ini bukan sekadar hanya untuk membangga diri tapi aku mahu buktikan bahawa aku mampu untuk menggalas setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan, Aku selalu bagitau mak bahawa bukan anugerah yang aku mahu tapi sekadar cukup makan, pakai dan dapat meneruskan kehidupan dibumi Tuhan ini...Walau bagaimanapun anugerah yang aku terima sebagai satu bonus untuk aku memajukan diri dalam bidang yang aku ceburi...InsyaALLAH...Terima Kasih Mak...dan Terima Kasih Suamiku ...Kerana Cukup Memahami Aku...