Monday, 14 July 2008

EMAK

Tiada ungkapan yang paling sesuai untuk diucapkan pada insan bergelar emak, ibu, umi dan apa sahaja panggilan pada insan yang melahirkan dan membesarkan. Mak, betapa aku bersyukur dan bertuah dilahirkan didunia ini untuk menjadi anakmu..Kami bersyukur punya EMAK yang mendidik dan membesarkan kami tanpa mengenal erti jerit payah dan kesusahan. Emak mendidik kami dengan curahan limpahan rasa kasih dan sayang dan disuburi dengan rasa takwa dan keimanan agar anak-anak mak ini tidak leka dan lalai dalam menjalani arus kehidupan didunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Betapa beruntungnya aku diberi kesempatan untuk membahagiakan mu, Terima Kasih Mak , Abah..Pengorbanan dan kasih sayang kalian akan kami kenang selagi hayat masih dikandung badan..

No comments: