Saturday, 12 July 2008

JUMPA BAYI (HARIAN METRO)

Asalamualaikum...geram betul aku bila baca akhbar Harian Metro hari ini..sanggup mereka buang anak yang tak berdosa.Kadang-kadang manusia dilahirkan punya akal tapi tak punya hati an perasaan. Kalau rasa tak mampu nak pelihara berilah pada insan yang memerlukan. Bukan dibuang begitu sahaja. Tidak ada kah perasaan bersalah atau rasa sedih melihat bayi yang tak berdosa...Manusia dilahirkan cukup sifat sempurna tulang empat kerat tapi adakalanya manusia dilahirkan seperti manusia yang tidak mempunyai fikiran...Entahlah selagi manusia berfikir mengikut hati dan nafsu maka beginilah jadinya..tapi bila manusia berfikir menggunakan akal dan fikiran insyaALLAH...perkara seperti ini tidak akan berlaku..maka bersama-samalah kita berfikir mana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

No comments: