Monday, 4 August 2008

Sama-sama kita renungkan.....

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. “Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.” Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Malah, kita sendiri hendakkan ramai kawan di sekeliling kita. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan: “Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud: “...sedikit saja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berharap dan berdoa supaya menjadi orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, Allah memberitahu sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Sangat sedikit manusia berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita men dapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud: “Sekiranya kamu bersyukur nes caya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”Zaman sekarang, tiada yang percuma. Semuanya harus dibayar. Tidak bayar, diberi amaran dan lama-kelamaan dikenakan tindakan.Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma dan mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak dikenakan bayaran.Apabila mengenangkan kebaikan percuma, sepatutnya tim bul rasa terima kasih di dalam diri. Itulah namanya ber syukur. Remaja yang sentiasa memikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul rasa ingin membalas budi. Bersyukur itu sangat besar kedudukannya dalam Islam. Jika tidak ber syukur, boleh menjadi kufur. Tetapi bagaimana bentuk syukur yang patut dilakukan? Ada lima bentuk syukur nikmat yang perlu direnungkan.Pertama, yakinlah segala nikmat itu datang daripada Al lah.Kedua, apabila mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Jika kita dikatakan cerdik, ucap saja alhamdulillah kerana yang memberi otak dan cerdik ialah Allah.Ketiga, terima kasih pada orang yang menjadi penyebab nikmat. Bila cerdik, kena bersyukur pada guru. Anak pula mesti berbudi pada ibu dan ayah yang bersusah payah melahir dan membesarkan mereka.Keempat, jadikan segala nikmat diperolehi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Cara bersyukur kerana dapat anak adalah dengan mendidik anak hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru mempunyai ilmu patut ber khidmat untuk umat.Kelima, ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini mesti hati-hati, kerana dibimbangi pula akan mengundang perasaan riak atau bangga diri.“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

No comments: