Friday, 8 August 2008

Supreme Durian Custard Layers Cake


glitter-graphics.comSalam semua. maaf sebab lambat mengepostkan resepi yang saya janjikan hari tu, pada tokma dan nb jum kita cuba resepi nih...sodap sangat.keterbatasan masa sebagai isteri, pekerja dan pelajar membuat saya kadang-kadang tak cukup tangan.ok beralih kita kepada resepi kita.
kek yang saya gunakan kek biasa sahaja iaitu kek span, semua dah tau mcm mana nak buat kek span kan? jadi resepi ini hanya untuk membalut kek tersebut dengan kastard durian. Bahan-bahan nya:

a). -Rose Jelly Powder (serbuk) (gunalah mana jelly yang ada kalau tak ada jenis ni) =7 tsp
-Tepung Kastard =3 TBSP
-Tepung Hoenkwe=2TBSP
-Air =300 ml
(masukkan semua sekali dan kacau perlahan)

b).-Whipping Cream 700 gm(saya gunakan yang jenis Anchor Whipping Cream, halal tu ada jual
kat pasar raya)

c). -Isi Durian Fresh 400 gm
-Perasa Durian 1 TSP
-Neautral ford 1 pkt (bende nih cari dekat kedai yang menjual bahan-bahan kek dan biskut)

d). Perwarna kuning (ikut suka letak)

sebelum nak masak (a) kena blend dulu (b) sampai kembang. selepas tu baru masak (a) di atas kuali yang api sederhana sahaja, jangan kuat sangat nanti hangus, agak2 (a) dah macam nak pekat masukkan (b) & (c) dan pewarna kuning. kacau sampai likat. Dah masak dia akan nampak mcm likat, mcm kita buat kuih kastard tu pas tu terus bubuh atas kek. salut lah seluruh kek tu dengan kastard durian ni. kalau saya kek span tu saya belah dua, tengah-tengah pun saya letak supaya seluruh kek tu berasa durian. kek nih nak kena sejukkan sampai 4 or 5 jam dalam peti ais, jgn le letak di tempat berais karang berais batu pulak kek tu. lepas dah 5 jam baru bole makan, sbb kalau tak simpan peti ais kastard tukan lembut lagi. jadi selamat mencuba.

No comments: