Monday, 11 August 2008

Zaman kecil ku

Dulu masa kecil umur aku 7 hingga 10 tahun setiap cuti penggal sekolah mak selalu hantar aku balik kampung,
glitter-graphics.com Mak kata temankan atuk dan nenek aku, Perasaan yang aku rasa setiap kali kena hantar balik kampung ialah bosan dan boring. Kadang-akadang aku merungut dalam hati apalah atuk ni macam tak ada orang lain nak temankan diorg disitu, Macam-macam yang aku cakap dalam hati sebab tak mau balik kampung, Di kampung susana nyer sunyi, ada bendang, sungai dan sebijik tu jelah rumah iaitu rumah atuk aku, maunya aku tak boring, sapa yang aku nak ajak main lompat2, main kengkek, main getah pusing, main masak-masak dan main polis intip? Inilah yang selalu melimpasi mindaku, sapa kawan yang boleh aku ajak bermain, Mahu atau tidak aku kena akur dengan arahan dan perintah mak, Eeeeeeeeee bosan nya, Duk ikut atuk p pasar, ikut nenek p umah kenduri kahwin, p kemas rumah tu je la rutin kehidupan ku seharian di kampung, BOSAN NYER.........
glitter-graphics.com
Namun, kini setelah aku menginjak dewasa, Tak mungkin aku dapat mengulangi semua itu,aku rindu nak balik kampung, aku rindu dengan suara nenek, aku rindu dengan gurau senda atuk dan yang amat aku rindukan duduk belakang basikal atuk p pasar. Betapa rindunya aku dengan susana ini, Rindu dengan masakan nenek ikan telapia masak asam pedas, yang tak mungkin aku dapat di mana-mana, Masa itu tak akan berulang lagi, nenek dan atuk telah tiada dan aku tak mampu untuk mengulangi semua itu hanya kenangan yang terindah menjadi ingatan buat aku yang masih di sini,
Tok, nek, andai masa dapat diputar kembali aku ingin menjadi anak kecil yang setiap saat menemani kalian walau sampai ke hujung nyawa..
RINDU NYER AKU PADA MEREKA....
glitter-graphics.com

No comments: