Sunday, 7 September 2008

Jalan-jalan cari pasal

pas sahur pagi tadi aku ngadap pc kat bilik adik malas nk buka laptop kt bilik..adik ngomel panjang kata aku bising..tapi aku buat dono je..selesai keje dengan "PC" aku sambung tidor jap sementara nak tunggu azan subuh..lelap tak sampai 20 minit jam bunyi menunjukkan azan subuh tengah berkumandang..bangun basuh muka solat, pas solat aku tido jam 8.30 pagi aku bangun.hehehe (sib baik hubby tak de, dia dah p off shore)
aku buka laptop layan blog kawan2...dah lama aku terniat nak bagi AWARD ni..asyik orang je bagi aku takkan tak ingat kat diorg..so aku pun mulakan operasi menghantar award pada kawan-kawan seblog sedunia taip.tuk..tuk..tuk..FUH hasilnya berjaya juga...aku hadiahkan kawan-kawan tanda ingatan kasih aku pd diorg semua...sedar tak sedar tgk jam 11.30 pagi punya aku terperanjat beruk...(sib baik beruk tak terperanjat mcm aku) tutup laptop aku terus turun kat bawa..tgk mak mcm nak p kuar p shoping ..so aku ckp aku nak ikut..nak jalan-jalan kat 1 Borneo SHOPING MALL yang terbesar kat sabah...sehari jalan maunya pinggang tak patah..tapi aku tak tawaf satu shoping mall tu aku nak p KAMDAR je adik aku ckp tgh offer skang. Pegilah dengan mak yang asalnya nak beli pasu bunga ikut aku dulu p jalan-jalan kat kamdar..sampai kamdar fuh..mcm aku nak angkut satu kamdar bawa bali..(sib baik ruang depan rumah tak cukup letak gedung kamdar)
tgk2,belek2...last2 satu pun aku tak beli..abis sume cantik2...mak kata kalau nak shoping tunggu suami kamu balik...nak duduk 9 jam kat sini pun tak apa..mak nak balik..abah dah penat layan korang..sakit dah pinggang abah tu..aku pun tgk muka abah mmg muka tensen aku pun balik le...tak sampai 5 jam..1 jam je kat dlm tu apa yg dapat...dalam hati aku nanti...next week abang balik aku nak ajak dia p kamdar...tgk2 beli2 apa yang patut...
aku stop sampai sini nanti malam sambung n3 lain plak..aku nak buat juadah berbuka petang ni...tak tau nk wat apa lagi...duk kat dapur baru ada idea...hehe

No comments: