Friday, 24 October 2008

Lebih kurang dalam jam 1.oo tengahari tadi, aku dengan mak n abah p melawat suami kak sepupu aku, Kata kakak sepupu aku suami dia kena stroke separuh badan tapi syukur abang tu masih bole buka mata dan bila di tanya dia menunjukkan respon yang baik. Kalau aku lihat cara abang tu yang bagi respon bila ditanya aku percaya dia boleh sembuh n berjalan semula. Sebab sakit stroke macam ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kiranya aku punya pengalaman yang cukup-cukup berharga mengenai penyakit stroke ni. Dulu keluarga aku pernah ditimpa penyakit ni apabila nenek perempuan aku kena stroke selama 2 tahun. Aku, mak n adik2 serta makcik pakcik aku bergilir2 menjaga nenek yang terkena stroke. Yang lagi payahnya arwah nenek tak boleh bercakap, cuma dapat duduk n baring sahaja semua kerja membasuh, memandikan dan menukar lampin pakai buang merupakan tanggungjawab mak, aku, adik aku dan seluruh keluarga. Adakalanya arwah nenek bergilir2 duduk di rumah anak2 nya iaitu makcik aku adik mak aku yang pompuan. Selama menjaga nenek banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami sekeluarga timba semasa arwah nenek kena penyakit stroke tu.
Menurut kata dr pembuluh darah di kepala nenek yang menuju ke otak pecah kerana itu nenek tak boleh bercakap dan badan nenek lumpuh sebelah. Pesan aku pada semua kawan2 yang kiranya ada saudara mara yang terkena penyakit ni ialah :

1. Sekiranya ada tanda2 tangan/kaki kebas tetiba bawa lah terus ke hospital untuk dapat rawatan dan nasihat.
2.Sekiranya mendapat penyakit ini jangan berputus asa, orang terdekat sama ada isteri atau anak2 atau suami bagilah kekuatan dan harapan agar pesakit kuat semangat untuk sembuh.
3. Rajinlah pegi buat fasiotrapi(betul ke idak perkataan yg aku tulis ni)sebab di situ diorg akan bagi latihan tangan dan kaki yang telah lumpuh akibat stroke.Menurut DR yang merawat nenek aku dulu, bila kena stroke darah di dalam anggota yg lumpuh tidak mengalir, jadi kena banyakkan exercise(faciotrapi).
4. Rajinlah anggota badan yg lumpuh itu diurut dengan minyak panas/ cari orang yang pandai mengurut.
5. Kalau tak dapat mandikan tiap2 hari mandikan lah sekurang2nya seminggu sekali, Sediakan kerusi roda sebab senang nak sorong dan mandikan di atas kerusi roda sahaja.
6. Yang paling penting pesakit yang menghidap penyakit ini mesti sentiasa bersih, kerana pesakit hanya berbaring sahaja. justeru itu letakkan tepung kanji dibelakang atau dicelah2 yang tersembunyi untuk mengelakkan badan pesakit melecet akibat berbaring. Selain itu letakkan tepung kanji tersebut apabila setiap kali mebersihkan pesakit apabila pesakit membuang air besar atau kecil.Kerana Tepung Kanji itu sejuk sebenarnya.Ini pun aku dapat petua dr seorang nurse yang menjaga wad tempat di mana nenek aku ditempatkan semasa beliau terkena sakit ini.

Inilah aku cuba nak kongsi dengan semua.
Salam Kasih Sayang buat semua....

4 comments:

Mummy Cool said...

tiny.. terimakasih sebab mahu berkongsi pengetahuan....jaga diri bebaik dan happy weekend...

azza_irah said...

salam malam tiny..
shoutbox takleh ye..
lama tak dgr kabar...
sehat ke..

tkaseh utk info ni..pengetahuan yg bguna sbnrnya..jika tiba2 dtimpa musibah..sekurang2 nya kita tahu bgimana nak urus serba sedikitkan..

UnGu VioLeT said...

info yg sgt berguna kak..
thanks for sharing..

Ayah Najmi said...

mak sy kena stroke..mula2 xsedap makan..pastu tiba2 je kena..