Monday, 15 December 2008

Anak Amanah Allah

Terkejut aku pagi tadi bila terbaca mengenai bayi yang dibuang dalam lubang tandas, syukur bayi tersebut selamat. walaupun badannya biru mungkin akibat kesejukan dan bayi tersebut lapar. Kesiankan? suke hati je diorg nak buang2. Baik bagi pada aku dari diorg buang macam tu. Aku ni yang teringin sangat-sangat nak anak berubat sana sini tapi rezeki tak ada aku nak buat mcm mana? Yang dapat senang2 suka2 nak buang.. apa ni...macam tak ada perasaan langsung.
Suka aku nak pesan pada sesiapa yang rasa2 nak buang anak tu cari aku je..bagi aku pelihara.
Aku teringin nak anak tapi rezeki tuhan belum kasi. Dah masuk dua tahun aku nikah tapi tanda2 ke arah itu belum ada. Sekarang ni aku masih dalam rawatan dr kata mungkin sebab aku ada diabetis that's y la rezeki tu belum ada. Pada kawan2 yang terbaca blog aku ni doakkan aku ye. dan kalau ada sesiapa yang kawan2 semua terdengar nak bagi anak untuk dipelihara hubungi aku..

4 comments:

ku tak sempurna said...

aku pun sgt sedih bila tgk bayi dibuang merata... sedih sangat... kesian...

takpe... jgn risau... aku berdoa semoga kau dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah... aminnnn

tiny laiman said...

Salam Ku tak sempurna,
ntah lah aku pun tak tau nak ketegorikan diorg ni jenis apa...walau bagaimanapun terima kasih atas doa yang diberikan mudah2an harapan dan impian aku untuk bergelar ibu akan terlaksana, terima kasih sekali lagi...

Jairo said...

bykkan bersabar.. mungkin belum sampai masa lagi .. bah bila mau belanja makan lamb chop?

TokMa said...

Salam tinylaiman, lama tokma tak dengar kabar dari tiny...semoga semua sehat sejahtera ya!!!

Bersabarlah tiny..anak adalah kurniaan dari yang maha Esa. InsyaAllah tokma doakan tiny cepat mendapat zuriat yang soleh.