Thursday, 29 January 2009

Bila Pulak Turn Aku...

Petang lepas kerja aku ajak hubby p carik baju pregnant..aku dah promise kat adik (anak hubby) nak carikan baju mengandung yang cantik2 kat kk..Rambang mata aku dibuatnya..maunya tak semua cantik2 n ciute2 belaka. so aku amik 2 pasang gaun, seluar dan satu baju blouse..rasa lucu bila salesgirl tu ingat aku yang nak pakai than dia suh aku test kat fitting room..aku pun test jugak le sebab takut tak muat kesian pulak kat adik tak boleh dia nak pakai...(saiz aku ngan adik almost sama)jadi aku test than tunjuk kat hubby...aku kata kat dia bila pulak turn kita..nampak comel pulak pakai baju pegnent ni..hubby kata sabar je...insyallah kalau tuhan bagi ada ler rezeki kita tahun ni...seperti biasa inilah ayat power hubby yang menyejuk kan rasa gundah gulana yang bersarang dalam hati aku bila sentuh story bab baby ni...dan seperti biasa apabila mendengar pujukan ini aku cuma senyum dan berdoa dalam hati semoga aku diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi seorang ibu...AMIN

4 comments:

azza_irah said...

tiny..
setiap sstu ada hikmahkan. aza bulan 2 ni msuk 9 tahun ..mmg belum ditakdirkn kita dpt cahayamata..tawakal n berusaha..

moga2 kita sama2 diberi kekuatan dan ketabahan..

kamar hati said...

insyaALLAH kak....pasti ada rezeki tuk akak nanti....

moga bunga-bunga cinta akak & hubby akan terus mekar berkembang k.... (",)

KakChik said...

salam tiny,

kakchik pun sama juga... dengan tiny dan azza, 12 Rabiul Awwal nanti, cukuplah 7 tahun kami bersama. Belum ada rezeki, belum ada rezeki, itulah yang selalu kakchik ingat.

tiap kali teringat kat Allah, kakchik tak lupa doakan agar tahun ni kakchik akan mengandung dan dapat cahaya mata yang sihat sempurna, tak ramai, sorang pun takpe.

kami masih macam org honeymoon, mencurahkan kasih pada anak-anak sedara yang rapat dgn kami.

Allah Maha Kaya, Dia lebih tahu baik buruk untuk kita. Kita sama-sama usaha ya.

tiny laiman said...

Azza..kadang2 tercabar juga kesabaran bila org asyik dok tanya AWAK SIHAT KE?

Kamar..saban hari itulah doa kak tiny agar bunga cinta kami terus berkembang walau tanpa kehadiran anak sendiri..namun sebagai wanita kak tiny sedih sebab klu ada sorg pun sebagai lambang cinta kami pun kak tiny dah bersyukur

kak cik,
nasib baiklah anak2 sedara, anak2 hubby dan cucu2 hubby ada (tiny dah jadik nenek muda) tpt tiny menumpang kasih dan mencurahkan kasih sayang kalau tak memang sedih juga,
tiny pun bersyukur sgt sebab kasih hubby tak pernah berkurang untuk tiny...kita sama2 berdoa semoga tahun ni hasrat kita akan termakbul..