Wednesday, 25 February 2009

Nak sakitkan hati orang senang je kan? Syukurlah aku bukan jenis orang yang baran, perajuk ataupun pendendam..Aku bersyukur kerana dijadikan seorang insan yang kuat, tabah dan yang paling penting aku tak pernah memusuhi sesiapapun dalam dunia ni, walau hati aku sakit, walau aku tersungkur, walau persahabatan aku dikhianati dan walau aku pernah menangis kerana mereka2 yang membenci dan memusuhi aku apalagi mereka yang bernama sahabat...namun aku bersyukur kerana yang membenci dan memusuhi aku hanya sekelumit namun yang menyayangi aku sentiasa berada di sisi...Jauh disudut hati aku tidak pernah berdendam walauapapun yang mereka2 lakukan kerana selagi aku bernama manusia aku percaya kekuatan, kesabaran dan ketabahan sentiasa ada untuk aku terus bernafas dibumi ALLAH S.W.T ini...

kemaafan senentiasa aku berikan pada mereka2 sekalipun hati ini terluka, kecewa dan marah...namun kalian tetap sahabat terbaik yang pernah aku temui...dan pada mereka yang memohon kemaafan ruang persahabatan ini masih terbuka untuk kalian dan aku tidak pernah sesekali menutupnya kerana aku percaya seandai mereka2 ini tersedar tentang kesilapan dan kealpaan mereka aku yakin kasih sayang dan perhatian selama aku menjadi sahabat mereka mendorong mereka untuk pulang dalam ikatan persahabatan ini....
salam sayang.....


2 comments:

Kamsiah said...

jika kita tak mampu mengembirakan seseorang
jgn pula kita sakiti hatinya..

tiny laiman said...

betul tu kak...tiny sentiasa mengembirakan hati mereka2 walaupun kadangkala hati tiny yg sakit..