Thursday, 23 April 2009

Cuti Cuti Malaysia

Cuti yang aku rancang pada tahun lepas akhirnya terlaksana juga...hari ni mak abah, abang, adik-adik turun KL..aku tunggu kat sini je kebetulan aku memang kat KL sejak hari isnin baru-baru ni atas urusan kerja...Syukur semuanya berjalan dengan lancar...Esok aku n family akan ke genting...untuk menyampaikan niat adik aku nurul yang first time datang KL...Syukur jugaklah aku tak terikat dengan kerja yang datang tiba2....Keje aku ni kalau orang tak sabar boleh sakit jiwa...Macam seorang kawan aku yang dah siap plan cantik nak bercuti ke KL pada bulan lepas, tiket dah booking dah bayar pun alih2 dapat arahan kena hantar p perak sebulan lagi tu...tension betul dia...Last2 tiket kapal terbang hangus macam tu je n booking hotel pun hangus macam tu je..
Syukur aku tak mengalami hal seperti itu...kadang2 takut juga bila kita dah merancang alih2 tak jadi...Tapi sayang anak kecil aku tak dapat ikut serta Daniel..sebab mak kata daniel kecik lagi tak masuk dua bulan lagi..so aku pun tak berani nak suh mak bawa...Daniel tinggal dengan adik pompuan aku yang akan dimoniter oleh makcik aku sebelah umah....nasib baiklah mak duduk kampung yang penuh dengan sedara mara yang baik hati...
Kesian Daniel...nanti lain hari ummi bawa daniel ye sayang....
Hari ni sepatutnya aku bercuti tetapi memandangkan keje kat ibu pejabat KL tak siap so aku tarik cuti hari ni...besok aku mula start cuti..dan pecutian ini sehingga 27.4,2009. baru aku n family balik KK.
Nanti aku update gambar2 yang aku amik sepanjang berada kat sini...
salam sayang pada semua...

No comments: