Friday, 5 June 2009

Abang DaH tURUN kEJE..







huhu..bosan nyer...makna nya 2 week aku akan menguruskan segala hal-hal yang bersangkut paut dengan kehidupan aku without my hubby...Bayar Segala Bil2 yang ada..tapi kan nasib baik aku ni reti guna sistem online ni so maksudnya aku tak payah n tak susah nak berbaris beratur panjang di bank ke, di pejabat Telekom ke, sebab aku jenis manusia yang memang malas nak beratur..hehehe..
Aku kena belajar berdikari sebab keje abang yang kadangkala meninggalkan aku dalam tempoh yang agak lama..namun selama 2 tahun bergelar isteri aku dah semakin biasa dengan rutin tanpa dia di sisi..cuma aku rasa sunyi pada mula-mula usia perkahwinan kami..cuma skang sejak daniel ada tak le aku sunyi sangat..Terima Kasih Tuhan kerna memberi aku peluang untuk menjadi Umi kepada anak ku Muhammad Farish Daniel. Keletehnya bersama anak saudara ku izan memang menghiburkan hati..tengok sajalah gambar izan berposing bila disuruh senyum didepan kamera. Izan tak boleh tengok Daniel seorang..ada saja perkara yang dibuat untuk membuatkan si kecilku Daniel menangis..Pantang kami semua beri perhatian pada Daniel mulalah dia mencipta sifat yang kadang2 buat aku sakit perut gelak. dan aku pulak kalau membeli baju atau keperluan Daniel mesti aku belikan sekali untuk Izan sebab dia Penunggu Aku yang paling setia didepan pintu bila aku pulang kerja atau pulang dari pasar.

No comments: