Wednesday, 16 September 2009

MENYAMBUT KEHADIRAN AIDILFITRI

Tahun ni seperti dua tahun yang lepas aku akan beraya bersama suami dan anak2 (dengan arwah isteri abang), menantu, cucu (jangan tak tau aku dah jadi opah) kekeke dan my baby Daniel. Senerio kini dah berubah..aku yang berpangkat mak kepada mereka kena akur walau jauh disudut hati teringin juga aku beraya bersama mak, abah dan adik2 pada malam takbir dan pagi raya...tapi nak buat mcm mana...dah tanggungjawab.....
Seperti biasa memang kesibokan yang melanda teramat sangat...15hb aku dan suami serta daniel dah balik ke labuan, biasanya aku akan mengambil cuti seminggu sebelum raya utk membuat persiapan dirumah mak dan dilabuan. huhuhu memang letih....dengan kelibat daniel yang semakin aktif....pagi tadi...abang ajak p beli cat nak cat rumah katanya...kebetulan anak bungsu abang ada so dia offer diri nak cat rumah...memang patut pun rumah ni kena cat...uzur sangat rupanya..
Takut tak sempat nak buat persiapan yang lain......macam mana ni...raya tinggal beberapa hari sahaja lagi.....

No comments: