Tuesday, 29 December 2009

ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN.....

Setiap hari yang aku lalui kini terlalu sepi dan sunyi...aku rindu pada gelak tawa dan tangisan yang sentiasa menemani hari2 yang aku lalui...
dan hidup ini semakin sunyi bila setiap kali aku tatap wajah comel itu pasti setiap kenangan manis yang aku lalui datang bertandang lantas mengamit hati kecil ini untuk terus teruja melayan rasa rindu dan memori silam yang aku lalui bersama....
Allah menguji ketabahan dan kesabaran kami..namun aku redha...DIA LEBIH DISAYANGI OLEH PENCIPTANYA....
Muhammad Farish Daniel...gelak tawa umi n abah melalui hari2 yang kami lalui tanpa mu disisi sebenarnya mahu melindungi duka dan sedih kerana rasa rindu yang tidak tertanggung rasanya kepadamu anak ku..namun umi dan abah mau belagak setenang dan setabah yang mungkin depan mereka2 semua yang menyayangi mu dan mengasihimu agar mereka juga tidak merasa betapa sakit dan seksanya menanggung rindu kepada mu...
Adik..biar masa berlalu..namun tidak sedikit pun rasa rindu dan kasih kami akan berkurangan terhadapmu....walau apa pun terjadi adik tetap sebahagian dari hidup umi dan abah

2 comments:

~Nsharizan@My~ said...

Ya..ALLAH engkau kuatkan la hati seorang ibu yang telah banyak berkorban untuk anaknya & keluarganya..tabahkan hatinya sebagaimana tabahnya hati nabi muhammad s.a.w terhadap umatnya..AMIN

Norizah @ Eja said...

www.adusizah.blogspot.com

Kuatkan smgt & tbhkanlah hati sllu..:)