Wednesday, 16 December 2009

CORETAN KENANGAN MUHAMMAD FARISH DANIEL


Adik..HARI INI GENAP 10 HARI ADIK KEMBALI KERAHMATULLAH, Menemui pencipta yang abadi, Adik tinggalkan umi, abah, atuk, nenek dan semua yang menyayangi dan mengasihi adik, Hari ini umi gagahkan hati menulis bingkisan coretan rindu ini agar adik tahu bahawa kasih umi dan abah tidak pernah padam pada adik, Adik tetap anak umi dunia akhirat. Adik..UMI rindu, rindu yang teramat sangat..
Adik...kehidupan mesti umi teruskan, tanpa tawa dan tangis adik menemani umi dan abah, adakalanya umi terlalu rindu, rindu yang teramat sangat sehingga umi lupa yang adik sudah TIADA...UMI cuba berlagak tenang dan setabah yang mungkin demi ABAH, ATUK dan NENEK...serta mereka2 yang menyayangi adik...UMI perlu kuat untuk mereka semua...walau adakalanya umi hampir tewas kerana rasa rindu yang terlalu tebal menyelubungi hati dan perasaan umi pada adik..
Umi tidak akan lupa tarikh 15.12.2009 di mana adik menghembuskan nafas terakhir dipangkuan umi.
2 hari sebelum adik meninggalkan umi, adik mengalami muntah2 dan cirit birit, umi sangkakan adik mengalami sakit biasa seperti kanak-kanak lain. walaupun begitu umi bawa juga adik keklinik bersama abah jam 1.00 am pagi bila umi lihat keadaan muntah dan cirit birit adik berlarutan, selepas mendengar penjelasan doktor umi dan abah berasa senang hati sebab doktor sendiri mengesahkan adik mengalami cirit birit biasa. selepas ke klinik umi bawa adik balik seperti biasa selepas makan kan adik ubat umi adik tidor dan adik terlena dalam pangkuan umi. ke esokan hari nya seperti biasa umi kerestoran menguruskan kedai tapi hati umi berasa tidak sedap..umi ajak abah balik tengahari untuk melihat adik d rumah makcik yang menjada adik, sampai d sana umi lihat badan adik semakin lemah, muntah2 dan cirit birit tidak berkurangan..umi n abah bawa adik ke Bahagian Kecemasan d Hospital Likas. tapi walau bagaimana pun adik lemah tapi adik tidak menunjukkan sedikit pun tanda sakit atau sebaliknya. Cuma Muntah2 adik semakin teruk. Dan dr juga mengesahkan adik hanya kena sakit biasa, umi ingat pesan dr tersebut kalau keadaan berlarutan Dr suruh umi makankan adik makanan yang pejal agar adik ada tenaga. selepas balik dari hospital umi bawa adik ke rumah mak..adik seolah tidak mahu berpisah dengan umi..tapi bila melihat keadaan adik ada sedikit perubahan, umi turun kerja..dan bila umi balik adik belum tidor lagi..Adik seolah2 menunggu umi dan abah balik..kami membawa adik ke bilik, dan dibilik adik bermain seperti biasa. tapi masih muntah2 n cirit birit, sehingga ke pagi umi n abah tidak tidor kerana adik tidak mahu lelap...umi n abah melayan adik sampai ke pagi..adik pula hanya mahu berada dalam pelukan umi..tapi sedikit pun tidak timbul rasa hairan atau pelik kerana adik sememangnya begitu...dan sampai pagi umi lihat keadaan adik semangkin lemah..umi bawa adik ke bilik atuk..dan kami sepakat mahu berubat cara kampung pulak, semasa adik diubat umi lihat ada tanda adik akan sembuh, rasa senang dihati hanya tuhan yang tahu bila lihat adik...tapi ternyata ALLAH LEBIH MENYAYANGI ADIK..tepat jam 9.50 adik menghembuskan nafas terakhir..
ADIK..sukar untuk umi gambarkan dengan kata-kata betapa umi amat terasa kehilangan adik, betapa sakitnya menghadapi saat2 kehilangan adik...tapi umi harus akur dengan ketentuan ilahi...walau sempat menjaga, mengasihi dan membelai adik selama 9 bulan 6 hari namun umi bersyukur kerana umi masih sempat dan dapat merasa betapa nikmatnya bergelar seorang ibu...
tapi ketentuan dan kehendak ALLAH....umi akur...
adik..kami semua sayangkan adik...baju2..bakul susu, tilam dan buaian adik umi dan abah masih simpan...sebagai tanda ingatan buat kami yang masih disini..
nampaknya hasrat umi dan abah mahu membawa adik ke KL bulan 4 nanti tidak kesampaian walau tiketnya telah umi beli....
adik..umi berhenti sampai sini dulu...umi dan abah sayangkan adik...sampai akhir hayat kami.....SEMOGA ROHMU MOHAMMAD FARISH DANEIL aman di sisi NYA....AMIN..

1 comment:

NORHAYATI BERAHIM said...

Ya ALLAH ya tuhanku, kau maha pengampun, maha pengasih dan penyayang. Kau sabarkan hati Hertiny, jadikan dia seorang yang kuat, tabah dan reda atas kehilangan ini. ...AMIN..
sedihnya tiny, tentu ianya begitu menyakitkan tapi apa yang boleh kita lakukan? semuanya takdir tuhan dan mungkin ada hikmah yang tidak kita nampakkan..bersabarlah banyak2..doa dari akak untuk Tiny sentaisa..