Friday, 1 January 2010

SELAMAT TINGGAL 2009...

sudah berapa jam aku meninggalkan TAHUN 2009...TAHUN YANG TERLALU banyak mencatatkan sejuta memori indah, suka duka dan tawa tangis yang terhitung banyak nya...namun tahun 2009 merupakan tahun yang terlalu banyak mencabar emosi serta kewarasan hati dan fikiran.
pemergian anakanda tersayang pulang ke PANGKUAN PENCIPTANYA pada 15.12.2009 merupakan satu tamparan yang amat hebat buat aku, suami dan keluarga. masih terbayang jelas diruang mata saat menyambut dia lahir kedunia...betapa aku bersyukur dapat memeluk sikecil yang sememangnya amat aku tunggu kehadiranya. Betapa aku bersyukur dengan anugerah yang terindah yang ALLAH berikan pada aku dan suami. Betapa aku beruntung walau seketika tapi aku dapat menikmati dan mengecap nikmat bergelar seorang ibu...
rutin harian sememangnya berubah, walau sesibok mana sekalipun namun aku mesti meluangkan masa bersama sikecil ku untuk melihat dia membesar didepan mata dan aku mau menjadi insan pertama yang dapat melihat setiap perubahan yang berlaku pada dirinya. Tawa, tangis dan sikapnya sering meghiburkan hati seisi rumah yang sememangnya amat terhibur dengan gelagatnya..
FARISH....Kehadiranmu membahagiakan umi dan abah.
Walau ianya seketika...ternyata ALLAH lebih menyayangi mu sayang....dan UMI redha kalau ini yang telah ditentukan pada UMI....walau sejuta kali kami menyayangi mu tapi DIA PENCIPTA ABADI lebih mneyayangi mu sayang...
dan sampai bila2 UMI tidak akan lupa insan yang pernah membahagiakan umi walau untuk seketika, adik walau berat bahu memikul tapi umi percaya segala2 nya telah tersurat dan itu ketentuan yang ALLAH suratkan buat UMI dan ABAH bahawa kami hanya sempat bersama adik mencurah kasih dan sayang selama 9 bulan 6 hari...
adik...walau 2009 telah berlalu namun sampai bila2 UMI akan kenang selagi hayat dikandung badan bahawa MOHAMMAD FARISH DANIEL ANAK UMI DAN ABAH......
sayang..... UMI N ABAH SAYANG ADIK SAMPAI AKHIR HAYAT KAMI...

No comments: