Friday, 12 February 2010

Melakar rindu membelai kalbu

sesekali tidak akan aku biarkan rindu itu berlalu..
membelai rasa bersama segunung rindu yang hadir tika
sepi menyapa kalbu...
Adakah dia yang hadir bersama sisa kenangan
yang menjadi alunan rentak muzik
didalam nyanyian sepiku...
Muhammad Farish...
Tika sendu menjadi teman disaat
rindu yang membara..
hanya sekeping gambar mampu merawat duka..
umi terlalu rindu pada tawa dan tangismu
yang tidak jemu menemani umi dan abah...
Umi sisipkan memori semalam agar dalam
kalaungan rantaian kasih umi
agar rindu menjadi kekuatan untuk umi terus disini..
sayang..doa umi dan abah sentiasa mengiringi dirimu..
umi dan abah sentiasa menyayangi dan mengasihimu selagi
hayat masih dikandung badan....
semoga rohmu dicucuri rahmat.......amin....

No comments: