Tuesday, 17 August 2010

HUKUM MATI ATAS KESALAHAN MEMBUANG BAYI.




Gejala pembuangan bayi semakin banyak berlaku, saban hari boleh dikatakan hari-hari kita disajikan dengan kes pembuangan bayi, mana yang dijumpa dalam tong sampah, yang dibakar, yang dibuang mcm sampah...aku terfikir apakah semakin TERHAKIS RASA SAYANG pada DARAH DAGING SENDIRI, apakah sudah hilang rasa KASIH seorg IBU pada DARAH DAGING SENDIRI, ntahlah..semakin manusia berubah mengikut arus anjakan paradigma semakin manusia hilang sifat2 kemanusiaan, semakin terhakis dan terhapus sifat2 manusia berkasih sayang dan saling mengasihi..
Seorang ibu tergamak membuang anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari, hari2 membawa perut ke sana sini selama 9 bulan 10 hari, walau aku tidak pernah mengandung pun tapi mendengar cerita kawan-kawan yang mempunyai pengalaman itu membuat aku INSAF..betapa susahnya mama mengandungkan aku....
tapi kini seorang IBU sanggup membuang anak yang dikandung sehingga sedikit pun tiada rasa sayang dan kesal diatas apa yang dilakukan. KEMANA HILANG SEMUA SIFAT KETELUSAN DAN KASIH SAYANG SEORANG WANITA BERGELAR IBU....?
mudah nya mereka membuang bayi yang dikandung dan sebabnya hanya mereka yang tahu...tapi apapun sebabnya MEREKA tidak BERHAK untuk menghukum BAYI yang TIDAK BERDOSA dengan membuang, membakar atau apa sahaja kelakuan yang lebih buruk dari perangai BINATANG..Tuhan bagi kelebihan kepada mereka, bagi peluang pada mereka untuk merasa betapa bertuahnya menjadi IBU...tapi sayang....mereka tidak menggunakan kesempatan itu untuk menjadi seorang ibu yang benar-benar IBU....
walau apa pun alasan mereka membuang BAYI ini tapi mereka tidak berhak dan tidak punya hak untuk merampas KEHIDUPAN ORG LAIN, kalau rasa nak buang masih ramai yang sudi mengambil anak ini sebagai anak angkat. Berikan saja pada orang-orang yang memerlukan mana tahu hasil didikan keluarga angkat BAYI yang dulunya tidak dikehendaki, bayi yang mahu dibuang itu menjadi SEORANG ANAK yang boleh membanggakan orang tuanya menjadi insan yang berguna kepada BANGSA DAN AGAMA, siapa tahu kan?
Tapi soal Kerajaan mahu melaksanakan HUKUM MATI atas KESALAHAN MEMBUANG BAYI ini Justeru itu pelaksanaan HUKUMAN MATI ATAS KESALAHAN MEMBUANG BAYI merupakan satu cara dan kaedah terbaik mengatasi isu ini. Tapi kalau mau melaksanakan hukuman ini biarlah kedua-dua nya dikenakan tindakan iaitu lelaki dan perempuan, Tak bolehlah PEREMPUAN sahaja yang dikenakan tindakan ini sedangkan pelaku seorg lagi terlepas dan mungkin akan mencari mangsa lain.
Justeru dengan adanya HUKUMAN ini jenayah seperti ini akan berkurangan dan seterusnya akan menyelamatkan para belia dari terjebak dengan gejala sosial.
Pada adik-adik diluar sana HARGAI KEHIDUPAN INI , KERANA IA TIDAK DTG BERULANG KALI.....


Hertiny Laiman

No comments: