Monday, 16 August 2010

UMRAH ZIARAH DAN MEKAH

<
Syukur..me,hubby, mak n abah diberi kesihatan dan kekuatan untuk melakukan ibadah umrah pada 26 Jun 2010 hingga 7.7 2010. Kami berlepas Ke Kota Nabi Muhammad SWT pada 26.Jun.2010 menaiki pesawat DiRaja Brunai, Perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam memang amat meletihkan...bukan apa me letih duduk..tak tahan duduk lelama sangat dlm flight. jangan kata 9 jam 30 minit pun me rasa bosan plusss boring tahap gaban.
Penerbangan dari negara brunai menuju ke kota Madinah bermula jam 11.30 pagi waktu tempatan dan kami selamat mendarat dijeddah pada jam 4.30 petang (hehehhe 4.30 petang waktu Arab Saudi dan waktu Malaysia 9.30 malam. Me pun kompisu tgk jadual tu mula2..me kata dgn hubby mana ada sampai 9 jam...5 jam je...hahahah..
Suhu Arab Saudi masa tu 45 darjah cel..huhuhu..panas sangat..tp so far me boleh handdle...cuma dahaga sangat.
Tapi keseluruhannya...me bersyukur tuhan bg kekuatan dan kesihatan pada me sekeluarga untuk menunaikan ibadah Umrah. walau dengan keadaan cuaca yang amat terik tapi itu bukan penghalang untuk me menunaikan tanggungjawab.
Me berharap agar suatu hari nanti me ada kesempatan sekali lagi untuk ke sana menziarahi Tanah Suci bagi menunaikan Ibadah Haji bersama Hubby, Mak dan Abah...
Insyallah...

No comments: