Monday, 6 December 2010

AKU DIRIKU DAN DUNIAKU

Hanya beberapa Hari lagi Tahun 2010 ni akan melabuhkan tirainya....Alhamdulilah..banyak juga achievement yang aku dapat dan aku buat dalam tahun ini. Syukur Alhmudlilah...semuanya berjalan seperti apa yang dirancangkan. walau ada sedikit kekangan tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku terus berusaha gigih dan yakin bahawa kejayaan pasti akan aku gapai.Memang sukar bila sesuatu yang kita usahakan terpaksa berkongsi dengan orang lain...tapi aku selalu berpegang kepada prinsip...rezeki Allah dibahagi sama rata..syukur juga aku mendapat sahabat yang boleh aku percayai untuk melaksanakan apa yang aku idamkan. Kerana dengan kekangan Kerja dan tanggungjawab aku tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri adakalanya sesuatu terpaksa aku korbankan.Tugas yang diamanakan dan yang aku pikul menyekat masa dan waktu yang aku kira cukup berharga dalam kehidupan seorang wanita yang berkerja, yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan pelajar seperti aku. Tuntutan masa bersama keluarga tersayang harus diambil kira..Aku faham kesibukan yang melamapu dalam tahun ini membuatkan mak selalu berkata..."Along..boleh tak along kira dalam sebulan berapa hari along berada dirumah" hehehehe...ni memang soalan cepu emas yang memang mak selalu tanya kalau aku balik rumah mak....aku tau kerisauan hati mak ....tapi aku selalu berkata pada diri aku dan mak serta adik-adik....APA YANG ALONG BUAT UTK MAK DAN ABAH SERTA KELUARGA.....
Adakalanya aku terlibat dengan tugas yang memaksa aku bertugas diluar selama berminggu-minggu, tapi ia nya amat menyeronokkan walau adakalanya aku rindu ruang masa bersama keluarga terutama mak dan adik-adik yang saban hari pasti akan ada sahaja cerita yang mampu membuat aku ketawa...Merekalah Teman, Sahabat dan Kawan yang cukup Akrab dan memahamai aku...
Adakalanya balik dari outstasion aku terpaksa pula menumpukan perhatian pada study...walau adakalanya aku rasa huh!!!....cukup mencabar kesabaran dan kekuatan aku...apa tidak nya....adakalanya aku tidak hadir ke kelas kerana berada diluar kawasan..dan terpaksa pula belajar dengan rakan2 sekelas yang lain..saat inilah yang aku rasa betul-betul mencabar kekuatan macam mau sahaja berhenti dari menyambung pelajaran....tapi bila mengingat kembali tekad...dan azam yang aku semai sewaktu aku mula berkerja dahulu bahawa aku akan menyambung PELAJARAN semula walau apapun terjadi aku akan habiskan juga sampai ke peringkat yang aku idamkan PHD...(bukan penyakit Hasad Dengki)....hahahaha.......PHD yang membawa gelaran DR....hahahaha....(sungguh tinggi cita2 ku) tapi bila lihat kawan2 yang berkejar2 menimba ilmu...aku yakin aku juga boleh.....(cuma perlukan sedikit kekuatan mental dan fizikal dalam diri) untuk mencapai tahap itu..Doakan aku YER....Sahabat-Sahabat semua.Orang lain pun kerja juga tapi still ada hati nak sambung sampai PHD....
Banyak yang aku plan untuk buat tahun depan..Aku harap Tahun Depan seperti Tahun ini juga...Aku diberi kekuatan, kesihatan dan ketabahan serta keteguhan hati untuk melangkah ke satu tapak lagi untuk bergelar wanita BERJAYA....semoga dipermudahkan segala-galanya.....AMIN......

No comments: