Saturday, 18 December 2010

Kasih Sayang Tidak Ternilai Harganya

Tetiba bangun pagi ni..macam banyak je idea nak menulis, nak bercerita dan bermacam-macam lagi nak....hahahaha....(tak tau apa sebenarnya yang dihendak) Bangun jer...aku capai Mr Laptop yang setia bersama disisiku sepanjang malam dengan setia menemani aku tanpa jemu..( nasib baik Mr Lappy ni benda..kalau orang dah lama kena tinggal...kekekeke) setia mendodoikan aku dengan lagu2 yang menemani tidor ku sepanjang malam...Tengah study...tgh santai...Tgh Tidor pun setia sangat mendodooikan si tuan puteri nyer....sapa lagi akulah....dengan dendangan lagu it's hard to say good bye...huhuh..memang MANTAP...
Sebelum bergegas ke offis pagi ni, aku teringin nak berkongsi tentang nilai erti kasih sayang sesama adik beradik yang semakin pupus dan terhakis...
Entahlah dunia akhir zamankan? Bila nilai kasih sayang semakin Terhakis dan longar maka hubungan adik beradik menjadi semakin lompang dan hambar.Mak selalu ingatkan aku...memandangkan aku anak sulung dalam keluarga yang seramai 9 orang(besarkan keluarga aku)dengan adik beradik mesti sayang menyayang...Kena tolong adik beradik kalau diantara ada adik2 yang memerlukan pertolongan...jangan senang sendiri, hidup sendiri.Sebab mak tak lahirkan anak-anak mak untuk bergaduh sesama sendiri.Kalau mak abah dah tak ada along kena jaga adik2...(bab ni kalau mak ckp aku selalu nangis) sebab aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa mak dan abah...yang merupakan tangan kanan dan kiri ku...Ibarat lagu...kalau tak ada irama maka sumbanglah lagu...begitulah aku mak abah dan adik2...
Mak kalau dah cakap kalau tak kasik aku nangis memang tak sah...hahahaha...
Sedari kecil lagi mak sering terapkan nilai2 kasih sayang yang cukup kuat untuk kami 9 orang adik beradik. Dan sehingga kini apa sahaja yang berlaku dikalangan adik beradik yang 9 orang ni...semuanya akan merujuk dengan aku dahulu....hahahaha....tapi memang seronok menjadi PENASIHAT TAK KIRALAH PENASIHAT Kewangan ke, penasihat nak masuk meminang ke...maka aku org pertama yang di arah untuk menjadi perantara antara adik2 dan mak n abah...hehehehe...tak kira aku berada dimana semua cerita aku akan tahu sebab 8 orang wartawan tak bergaji ni maklumkan pada aku.
Mak, abah...jangan risaulah along akan jaga adik-adik selagi along bernafas..selagi along hidup dalam dunia ni...along akan pastikan adik2 bahagia...along akan pastikan susah senang tu akan kami pikul sama-sama.Terima kasih mak abah sebab ajar along jadi manusia yang tahu menghargai betapa berharganya nilai kasih sayang itu..
Alamak....dah lewat nak ke office....ok guys ...see a....nak mandi nak siap....nak p bekfast...nak ke opis...hehehehe...

SALAM SAYANG
Mizz Tiny

No comments: