Saturday, 22 January 2011

Meraih Bahagia


Apa Itu Bahagia, Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja bermacam-macam jawapan dapat didengar, Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing, meraih kebahagiaan menjadi impian setiap insan yang bernama manusia.
Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha, pilihan ditangan kita sama ada mahu merasa bahagia atau sebaliknya.Pada aku Bahagia itu milik setiap insan, dan sesiapa sahaja berhak untuk mengecapi dan merasainya..selagi kita bernama manusia.

Ntah sukar untuk aku gambarkan emosi ku saat ini...pelbagai rentak dan karenah kehidupan yang membuatkan aku semakin lemas dan letih...kenapa? dan kenapa? persoalan itu sering bermain dalam benakku...Aku percaya tuhan mahu menduga hati dan perasaan ini....aku tahu tuhan mahu aku kuat dan tabah melalui kehidupan ini kerna aku percaya satu saat akan ada lagi dugaan yang lebih kuat akan aku hadapi....
Walau kadangkala aku hampir tewas...walau kadangkala aku hampir tersungkur dan walau kadangkala aku hampir tertiarap....dan adakala aku menangis...tapi aku tidak boleh akur pada kekecewaan ini....aku mesti bangkit untuk kehidupan dan BAHAGIA yang aku cari...sesekali bermuhasabah diri mencari dan menilai di mana kelemahan diri...buat aku yakin bahawa apa yang berlaku bukan titik noktah pada sebuah kehidupan...semoga perjalanan hidup ini diraih dengan sejuta Bahagia dan gembira...itu yang sering aku panjatkan dan doakan disetiap kali sujud pada yang maha ESA....

Tidak akan aku menoleh kebelakang......Biarlah semua itu berlalu dengan sendirinya....berlalu bersama air masa....agar Bahagia yang aku impikan menjadi milik ku yang paling abadi...

Bahagia Itu Milikku..
Mizz Tiny

3 comments:

zaty luvlianncezzz said...

bahagia itu milikmu

Mizz Tiny said...

Zaty...Terima Kasih...doakan utk saya ye...:)

MAYA KARMILA said...

salam miss univerisiti..

salam perkenalan? tu pon kalu tak kenal saya lah..heee

adapun saya lihat anda menuju kepada penulis2 yang bakal2 menulis novel2 cinta bah sudah ni! hheheheh

bahagia kan datang tanpa d undang ia ibarat rezeki perasaan dan Tq 2 Allah kerana sering membuat kita merasakan bahagia hadir...ditiupkan kedlm hati