Monday, 3 January 2011

RENTETAN KENANGAN


ermmmm...bila tengok anak saudara ke sekolah...Ibunya pula sibok melayan karenah anak dara nya yang seorang berusia 7 tahun yang seorang berusia 9 tahun aku cukup terhibur..alangkah seronok nyer bergelar pelajar.....
Dulu sewaktu aku berusia seperti mereka...aku yang pada ketika itu mempunyai 3 orang adik yang juga turut bersekolah. Mak dan ayah lah orang yang paling sibok menguruskan kami..ayah akan memandikan kami seingat aku sehingga aku berusia 10 tahun ayah akan mandikan aku dan adik2....ayah pastikan kami memberus gigi dan mencuci muka dan seterusnya memandikan kami dengan air panas suam..mak bangun seawal pagi menjerang air untuk kami mandi...dan menyediakan sarapan pagi nasi goreng kosong dengan minyak ikan...(cukup sedap) selesai memandikan kami...kini giliran mak memakaikan kami pakaian sekolah...Mak airon baju kami...nampak kemas dan tajam..hahaha..(mak sampai sekarang kalau baju ayah tak tajam mak akan kasih airon sampai tajam aku kata kat mak boleh org luka kena baju ayah tu)...
Selesai memakaikan aku dan adik2 baju, menyikat rambut aku yang dulu agak panjang tapi comel..hahahah...kasut dan stokin juga turut dipakaikan...dan baru mak tuangkan air serta makan nasi goreng..mak kata perut tak boleh kosong kalau nak belajar.Nanti perut kosong mcm mana pelajaran hendak masuk..itu yang mak selalu cakap kat aku dan adik-adik...

Masa itu ayah tak kerja...ayah cuma membantu pakcik menjual ikan di pasar..dapatlah ayah RM 10.00 sehari untuk perbelanjaan sekolah kami.Mak pula cuma suri rumah sepenuh masa..mendidik aku dan adik-adik agar menjadi manusia yang selalu bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan. Nasib baik jugalah adik mak yang kami panggil bungsu tinggal bersama kami...membantu meringankan beban mak dan ayah...Terima Kasih Bungsu...(orang nyer nampak rock...tapi cukup tegas dalam hal agama)

Sebelah pagi bersekolah Agama..manakala sebelah petang bersekolah Rendah (SK) mmg cukup memenatkan. Balik sekolah pada petang hari selepas maghrib pakcik yang kami panggil Bungsu pula mengajar membaca Al Quran..pakcik ni garang sangat..kalau dia mengajar saya pasti menangis sebab kena tengking..kdg2 pakcik ni punya saiko dia akan cakap siapa tak pandai mengaji dia tak akan bawa jalan2..So apa lagi kami yang pada masa itu hanya saya dan adik lelaki berebut2 menghafal ayat di dalam Muqaddam...Syukur Alhamdulilah...kerna ajaran dan asyik2 kena tengking itu sehingga kini saya telah Khatam sebanyak 4 kali dan sehingga kini saya dan adik2 masih belajar dengan seorang ustazah yang datang ke rumah setiap hari isnin hingga khamis..mak cadangkan agar adik2 khatam masa perkahwinan adik lelaki saya pada hujung februari 2011 ni...

Satu peristiwa yang saya tak boleh lupa sampai sekarang...sewaktu itu saya berusia 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...hampir2 saya tidak dapat menduduki peperiksaan itu kerana ketiadaan wang untuk membayar yuran peperiksaan. Masa tu saya tak salahkan orang tua saya...saya tahu sebagai kakak dan anak sulung dalam keluarga saya kena berkorban untuk adik-adik...saya tahu betapa sedih nyer ayah dan mak masa itu...tapi keadaan memaksa aku untuk melupakan seketika cita-cita dan impian...Namun saya berSyukur...Datuk dan nenek mengetahui perkara ini dan memberikan wang untuk saya membayar yuran peperiksaan yang berjumlah RM 250 kalau saya tak silap. Tahu sajalah pada masa itu dengan ayah tak berkerja tetap bukan nyer senang hendak dapat duit sebanyak itu..Akhirnya saya berjaya menduduki perperiksaan SPM..tapi kejayaan tidak menyebelahi saya...saya gagal mendapat keputusan yang cemerlang..tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk berusaha..dan saya mengambil sekali lagi alhamdulilah....kejayaan menjadi milik saya.

Sekali lagi saya diuji bila saya berjaya menempatkan diri di salah sebuah kolej, Kolej ASK..Akedemik Seni Kebangsaan...walau dalam hati melonjak riang kerana saya cukup minat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik...walaupun pada mulanya saya amat berminat untuk bergelar peguam...tapi jiwa dan hati saya amat meminati bidang muzik yang saya rasa cukup indah bila dihayati...dan jiwa akan sentiasa tenang dan aman mendengar setiap alunan dan rentak muzik yang sungguh menghiburkan..
sehingga kini kalau saya berada dalam keadaan tertekan saya akan ambil sedikit waktu untuk mendengar lagu kegemaran saya...berhentikan semua kerja dan saya akan pejam mata untuk menghayati setiap lirik dan alunan muzik yang bergema...
Tapi saya tak kisah pun bila ayah kata tak dapat hendak hantar saya ke sana..saya pendamkan sahaja hasrat tersebut..biarlah apa salahnya berkorban untuk adik-adik saya yang seramai 8 org...mungkin bukan rezeki saya kan?
Saya sesekali tidak pernah menyalahkan ayah dan mak kerna tidak dpt melanjutkan pelajaran ke ASK...pada saya apa yang penting saya mahu adik2 saya berjaya dan mak ayah gembira,

Sekarang giliran saya pula mendera anak2 sedara dan adik saya...hahaha....saya akan pastikan mereka belajar pada masa yang ditetapkan...saya akan cuba sedaya upaya untuk penuhkan apa yang mereka mahu yang penting mereka belajar..kelas tuisyen dan segalanya....sebab apa yang saya lihat sekarang kemudahan yang kerajaan sediakan cukup banyak bagi memberi kesenangan kepada pelajar untuk belajar. cuma dari diri sendiri sahaja mahu atau tidak...

Walau itu semua sudah berlalu tapi saya banyak belajar dari pengalaman...Kesusahan dan kepayahan mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa dan kerana kesusahan itu saya belajar erti kasih sayang kepada keluarga dan rakan2...saya tidak pernah berhenti untuk memajukan diri kerana saya percaya Kemajuan diri bukan diukur dari segi umur...tapi selagi mana ada kemahuan selagi itu saya akan teruskan...
Selagi saya bernafas selagi saya hidup saya mahu menjadi idola yang terbaik untuk adik-adik dan anak seudara saya....saya tidak mahu menjadikan kesusahan lalu sebagai alasan untuk mereka malas dalam kehidupan ini....Belajarlah selagi mampu untuk belajar..

Setiap hari sehingga kini saya selalu ingatkan diri untuk berusaha dengan lebih gigih dan kuat..saya percaya untuk berjaya bukan mudah..banyak pengorbanan yang harus saya lakukan tapi saya percaya Allah maha penyayang...selagi saya punya keluarga dan rakan-rakan yang ada disisi insyallah saya akan dapat capai apa yang saya inginkan...semoga kejayaan menjadi milik saya....

Salam Sayang
Mizz Tiny

No comments: