Wednesday, 5 January 2011

SAHABAT


"saya telah melihat anda, membaca laman blog anda.... ternyata anda seorang terlalu halus, berfikiran jauh ke dalam perasaan. anda seorang yang sentiasa berada dalam diri anda dengan penuh yakin. anda juga seorang penyimpan perasaan yang sangat kuat ... anda bukan seorang yang mudah kalah tetapi anda sentiasa mengalah ......... saya bangga dengan anda, bangga kerana dapat mengenali dan berkawan dengan anda"


hehehehe...apa perasaan anda bila mendapat masej macam ini? sudah pastinya gembira saja bukan? Begitulah saya bila mendapat masej ini dalam peti Inbox saya..Bukan kerana saya hanyut dengan pujian atau tenggelam dalam pujukan...( macam bercinta pula)hahaha...tapi kerana saya bangga punya sahabat yang dapat menilai dengan hampir tepat siapa diri saya sebenar.Inilah diri saya...diri saya yang sebenar dalam realiti kehidupan sebenar. Jiwa dan perasaan saya terlalu halus...saya cepat tersentuh kepada perkara-perkara yang membabitkan kehidupan...dan perasaan..Saya tidak kisah kalau saya disakiti tapi jangan keluarga dan rakan-rakan saya disakiti...saya pasti tidak RELA...saya pasti akan marah..Buatlah macam mana pun perasaan keluarga dan rakan-rakan saya utamakan...

Memang saya kuat mengalah...dalam apa jua keadaan saya pasti mengalah...mungkin kerana saya anak sulung kan? mempunyai 8 orang adik beradik mengajar saya untuk mendahului kehendak orang lain dari kepentingan diri sendiri...kerana itu sampai sekarang saya banyak mendahului kepentingan adik beradik dan rakan-rakan terdekat saya...dan begitu juga dalam kehidupan ini, saya mengalah kerna menyayangi seseorang insan yang amat bermakna dalam hidup saya...saya lepaskan dia bersama kebahagiaan yang dia ingin cari...mungkin dengan saya kebahagiaan itu sukar ditemui...tapi saya percaya Allah sentiasa memberikan saya petunjuk dan kekuatan hati serta semangat untuk menempuh dugaan yang datang.

Semasa saya berkerja disalah sebuah kilang elektronik di Batu Pahat 10 tahun dahulu..saya mempunyai seorang sahabat yang mana hubungan kami seperti adik beradik..
Namanya Norazliana Hanafi...Orang kata dia ni garang...kuat marah...dan macam2 andaian buruk orang tentang dia...saya panggil dia ana je..walau orang kata dia macam2...hati saya semakin kuat untuk menndekati dia...ntah kenapa saya pun tak tahu...tapi yang pasti ana ni ada satu sikap yang saya susah untuk nyatakan...tapi kita akan rasa senang berkawan dan mendekati dia... semakin hari persahabatan kami semakin akrab...dan semakin hari aku semakin menyenanginya...memang dia garang...tapi garang bertempat...bila saya melakukan kesilapan ana sering menegur dengan teguran yang betul2 buat saya rasa tersentuh...walaupun usia saya setahun lebih tua dari ana tapi ana lebih nampak dewasa dan matang....seolah-olah ana kakak saya pula. aku pernah tanya ana kenapa ana garang dan tegas...dia jawab ...kenapa? tiny tak mau kawan dengan ana ke? saya kata tidaklah...saya ok je...saya ni suka cabaran...sambil aku gelak...ana tanya aku lagi...kenapa? tiny nak ana jd mcm tiny? cengeng...kuat merajuk...hahahaha...aku senyum bila ingat soalan ini....masa tu aku terlalu muda....Ana cakap dia kakak sulung...dia pernah tempuh kesusahan sedari kecil..kerana itu sebagai kakak sulung ana kena tegas..dalam hidup ana tidak ada istilah main-main..ana tidak mau dibuli...ana kata sebagai kakak dia kena banyak berkorban...dari itu persahabatan saya dengan ana semakin rapat..kami dikatakan kembar tak seiras oleh rakan-rakan sekerja..di mana ada ana di situ ada saya..semua orang bertanya bagaimana saya boleh berkawan dan bersabar dengan perempuan garang macam ana...saya jawab simple...sebab saya berkawan ikhlas...saya perlukan kasih sayang dari seorang sahabat...kerana sahabat itu akan membantu saya dalam keadaan susah dan senang...berkawan dengan ana membuatkan saya rasa bersyukur sangat2...Kami akan membaca Yassin setiap malam jumaat...Ana rajin mengejutkan saya untuk bersolat...dan satu yang saya tidak boleh lupa dengan ana....Dia banyak berkorban untuk membahagiakan saya...nanti saya akan ceritakan lagi mengenai ana...Cuma kalau ana membaca blog saya ini ...saya mahu dia tahu..walau di mana saya berada saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya...Ana sekarang bertugas di Sharp Batu Pahat Johor Bahagian Admin...dan dari ana saya banyak belajar erti persahabatan..pengorbanan dan kasih sayang....

Semalam semasa bersembang dengan rakan lama saya....dia kata pertama kali mengenali saya, dia kata saya skema,(jgn tanya saya apa makna skema, sebab saya tidak tahu), dia kata saya out of box lah...dia kata saya ni jenis jaga standard....nampak macam sombong...hahaha..saya skait perut gelakkan dia...Saya gelakkan dia kaw2....saya kata tu lah lain kali kalau nak menjatuhkan hukuman dengan saya nilai saya lama2 baru jatuhkan hukuman..saya kata hakim pun nak jauhkan hukuman kena dengar pesalah tu apa kesalahan yang dia lakukan...dan sekarang setelah mengenali saya...kami menjadi sahabat paling baik..sekiranya saya kebuntuan, stress ke, atau memerlukan kawan untuk bercerita dia akan sentiasa ada disaat saya perlukan dia...Terima Kasih Sahabat...kerna ada di saat saya memerlukan kamu untuk menjadi pendengar paling setia dan bersabar melayan karenah saya yang adakalanya agak keterlaluan....cengeng ...(sikap yang saya tak boleh ubah dari dahulu) hahahaha..sabar jak lah....

Itukan hak mereka untuk menilai siapa saya...dan setiap penilaian itu saya terima dari sudut positif...mana yang baik untuk diri saya, saya akan ambil jadi ingatan buat saya..manakala yang tidak baik saya akan muhasabah diri melihat setiap kekurangan yang ada dan perbaiki setiap kelemahan dan kekurangan itu...agar saya sentiasa di sayangi dan di kasihi oleh keluarga dan rakan-rakan, dan saya tidak marah atau berkecil hati asal berterus terang insya-allah saya akan cuba perbaiki diri saya.....

Pada sahabat-sahabat seperjuangan saya...pada rakan-rakan blogers dan pada keluarga saya...saya amat sayangkan anda semua...anda sebahagian dari hidup saya...

Salam Sayang
Mizz Tiny

No comments: