Friday, 21 January 2011

Terima Kasih Teman


"Tapi kini kecurigaan ku berakhir,
Kau Hadir di Waktu Aku memerlukan ketenangan,
Walau di mana Saja ku berada,
Kau Pasti tetap bersama sepanjang masa,
Kau beri kekuatan dan keyakinan
untuk tabah menghadapi masa hadapan,

Biar pun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halangan,
Asalkan kita Jujur sesama insan,
kebahagiaan pasti BERPANJANGAN..."

"TERIMA KASIH TEMAN"


ketika balik dari kerja...terdengar pula lagu ni...aku membesar dengan lagu2 kak Jee...semua lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kak jee memang berkesan dijiwa ku..
Terutama lagu ini....Terima Kasih Teman..ntah bila dalam perjalanan memandu pulang..aku rasa terbuai sedikit perasaan ini bila terdengar lagu ni...
kadang-kadang dalam hidup ini kita perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri dan begitu juga aku...dengan tugas yang semakin hari semakin mencabar...aku rasa untuk seketika aku perlukan masa untuk merehatkan diri sebelum fizikal dan minda ini akan aku gunakan secara berterusan dari bulan jan hingga Jun tahun ini....huhuhu

Ramai yang bertanya, ramai yang menyoal dan tidak kurang juga bertanya kenapa aku berubah, kenapa aku menyepi, kenapa dan kenapa dan yang paling best bila ada kata aku lupa diri, menyombong dan berbagai2 andaian yang bila aku baca aku cuma gelak...dan senyum..kerna aku tahu tidak ada orang atau insan yang lebih memahami diri ku selain aku sendiri kan? betul tak?.....hehehe,...cuma aku sedih sedikit sebab ada rakan2 dan sahabat yang mahu menjauhkan diri dariku....dan seperti sms yang aku terima lewat petang tadi..."Kecewa Dengan U, U dah sangat Berubah dan u kena akuinya", sms ni buat aku rasa terduduk sekejap, merenung dan bermuhasabah diri sebentar..aku cuba tanya dimana perubahan itu...tanya pada diri sendiri namun tiada jawapan...justeru terlalu banyak kenapa itu kenapa ini.... ni yang aku susah hendak menjawab...tapi macam ni lah...

aku tidak berubah dan TIDAK PERNAH SESEKALI BERUBAH...aku masih macam yang kalian kenal dulu...seperti mana yang kamu kenal dulu itulah diri aku yang tidak sesekali akan berubah...cuma...cuma dalam keterbatasan masa dan waktu ini aku perlukan sedikit ruang untuk mencari kekuatan fizikal, emosi dan mental...bermula jan setiap hujung minggu aku akan berkampung disatu tempat..untuk belajar dan mengajar....tempat belum diketahui lagi tapi yang pasti tugasan ini bukan mudah....justeru itu buat masa ini aku memerlukan kekuatan bukan sahaja dari diri dan keluarga tetapi dari kalian sahabat yang cukup aku sayang dan hormati...
Bermula minggu depan....hujung minggu akan dipenuhi dengan tugasan2 yang cukup mencabar minda dan emosi...tapi aku percaya..aku perlu kuat utk menghadapi saat itu kan?

Walau aku berada di mana sekalipun....kamu semua tetap aku sayang kerna kamulah yang menceriakan hari2 yang aku lalui....mengenali kalian semua...satu anugerah yg cukup indah untuk aku kenang...
aku sayang kamu...dan aku cukup menyenangi persahabatan ini....

salam sayang
Mizz Tiny

No comments: