Sunday, 9 January 2011

UBATI CINTA SEBELUM MATI


Aduih....nilah padahnya minum 2 cawan kopi bila tiba tengah malam ....padahnya aku tak dapat tidor...abis lah esok pagi kena awal pula pergi ke ofice...Ahad pun kena ke ofice...nak buat macam mana? kerja kan? istilah nyer saya menurut perintah saja...malas hendak banyak cakap banyak komplen..baik buat kerja..selesai kerja senang hati...sebab bila banyak sangat SONGEH.sudah nya banyak benda tak jalan...saya simple saja ....Buat kerja yang di arah...selesai kerja tak kena marah...Rasanya dah 4 bulan sabtu ahad saya kerja...dan saya tak tahu masa bila saya akan cuti...selagi badan saya masih larat untuk kerja..kerja je lah....
O yer...berbalik pada tajuk n3 hari ini...bukan ada apa2 maksud pun..sekadar mahu berkongsi cerita pengalaman untuk dijadikan panduan dan teladan..
Pertemuan dengan rakan-rakan kerja dan bekas rakan kerja di starbuck sambil minum2 dan makan2...kami membincangkan topik hangat...pelbagai cerita suka duka dan kehidupan kami bualkan...ya lah bukan selalu jumpa pun jadi kesempatan itu kami gunakan untuk berbual dan bertanya khabar masing2...
Seronok dan happy sangat2....rindu pula masa kami dulu2 berkerja dibumbung yg sama..tapi kini masing2 dengan arah dan haluan..
Namun banyak2 topak yang kami ceritakan saya tertarik dengan topik mencari Cinta Yang Hilang.....Maksudnya Bila sesuatu Perkahwinan yang agak lama, kalau rasa cinta itu tidak dipupuk dibaja dan disiram seperti bunga, Cinta itu akan hilang...yer ke?
Entahlah sukar untuk ditafsirkan betul ke tak? sebab masing2 punya rasa dan pandangan yang berbeza.

Sama juga ceritanya UBATI CINTA SEBELUM MATI..satu saat betapa susahnya kita menghargai insan yang berada didepan kita, insan yang berada didepan mata kita. Kita kurang menghargai mereka-mereka yang sentiasa berada didepan kita. Tapi bila semua itu hilang...baru kita merasakan betapa indahnya hidup ini dikelilingi mereka yang sayang pada kita.

Betapa indahnya kehidupan ini kala kita lalui dengan rasa cinta dan penuh ketenangan. Apabila kita hidup dalam keinginan, apabila kita hidup dalam kesedaran bahawa maut akan datang menjemput, maka kita akan menikmati setiap detik kehidupan dengan penuh berharga. Leburkan rasa ego, keangkuhan, kesombongan dan jadilah lembut selembut air serta mengalirlah bersama sungai kehidupan.Kita tidak akan susah menghadapi setiap masaalah kehidupan, tidak akan bosan. Kita akan merasa hidup kerana itulah RAHSIA KEHIDUPAN, Itulah KUNCI KEBAHAGIAAN dan itulah jalan menuju ketenangan .....dan.....UBATI CINTA ITU SEBELUM IA MATI....


SAYANG SELALU,,
Mizz Tiny

No comments: