Wednesday, 2 February 2011

HATI MAK BAPA AKU JANGAN USIK

Macam-macam hal dengan dunia politik ni...kesian dengan abah...yang menggalas tanggungjawab menjadi ketua kampung tetapi menjadi mangsa fitnah oleh mereka yang aku rasa tidak punya kerja tapi punya rasa sakit hati dan dengki yang terlalu sarat dalam hati mereka. Abah menjadi mangsa fitnah, menjadi mangsa iri hati dan menjadi mangsa sakit hati mereka-mereka yang mabuk kuasa. Apa mereka ingat kuasa dan wang ringgit boleh dibawa ke kubur agak nya. Sedari kecil aku memang rapat dengan abah, apa hal sekalipun abah tidak pernah berahsia dengan aku...mungkin sebab minat dan citarasa kami yang sama..Setiap kali bersembang suasana politik dan isu semasa menjadi perbualan kami berdua. Mak adik2 hanya menjadi pendengar paling setia walau kadangkala menyampuk perbualan kami.

Petangg tadi aku balik rumah mak. Kesempatan ini aku gunakan bersembang dengan abah untuk mengetahui hal-hal semasa tak kiralah politik ke Isu semasa ke, ekonomi ke apa sahaja yang penting aku menjadi pendengar paling setia pada cerita abah...Sambil seronok berbual mak bersuara cakap kat aku, mak kata Abah jadi mangsa fitnah irihati dan sakit hati orang...Aku bebel kat abah...."tu lah dulu along kata tak payah lah terima jawatan ni...bukan menyenangkan pun...menyusahkan lagi ada..tgk dah org kata abah macam2...Apa diorg ingat anak2 abah kat rumah ni tak bagi abah n mak makan ke sampai kita kebulur sangat nak terima duit orang? bentak ku sedikit keras pada abah.Abah seperti biasa bukan aku tak tau bila aku bising2 n bebel mcm tu paling2 abah senyum dan cakap kat aku ayat yang aku dah biasa dengar " Biarlah orang nak kata apa along yang penting abah tak buat" adui abah....apalah abah ni....kalaulah along dituduh mcm2 memang cari pasal ler orang tu...Abah kata lagi...along ingat tak masa kita p umrah hari tu? aku angguk...Along ingat tak along cakap apa kat abah masa kita nak berdoa depan kaabah hari tu? aku gelengkan kepala.."along cakap...abah...kalau abah mahu terus berkhidmat dengan masyarakat..kalau abah mahu terus berbakti pada masyarakat...Abah berdoa banyak2 kat depan kaabah ni...kalau petunjuk Allah mahu abah berhenti maka abah berhentilah...tp andai sebaliknya abah pohonlah kekuatan dan ketabahan hati, iman dan fizikal untuk abah terus berkhidmat dengan masyarakat tanpa rasa jemu dan penuh kesabaran dalam iman" aku terdiam..sungguh aku tak duga abah ingat semua baik2 kata yang aku ucapkan semasa kami menunaikan umrah pada tahun lepas. Aku sangka sekembalinya dari umrah abah meletak jawatan tapi sebaliknya abah terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. " Kerana itu abah ada disini along...kerana Allah mahu abah terus memberikan khidmat dan sumbangan pada masyarakat.

Tapi abah diorg semakin melampau...along tak suka dengar lah diorg cakap abah macam2...Kalau betul apa diorg cakap dah lama kita kaya abah. dah lama abah jadi orang senang...Biarlah diorang nak kata apa pun yang penting Abah tahu siapa abah n anak-anak abah kenal abah. ermmmmm....Macam-macam cerita mak ceritakan pada aku...aku pula yang sakit hati bila diorg suka-suka hati mengata abah aku. Orang yang bercakap ni pun bukan nyer tahu buat apa pun. Cakap pandai, nak cari kesalahan orang reti..tahu nyer membodek jer manjang. Hidup ni kalau asyik mengipas dan membodek sampai bila pun tak senang. Aku ingat lagi masa 2007 mula-mula abah dilantik jadi Ketua Kampung, 2 kali abah menolak jawatan itu kebetulan abah baru lepas pencen abah cakap nak berrehat, tapi diorang pujuk abah untuk terima perlantikan Ketua Kampung tu,Puas menimbang, puas dipujuk akhirnya abah terima, kami semua bagi abah semangat bahawa abah boleh! Tapi adalah sesetengah pakcik-pakcik ni yang tak puas hati bila tahu abah dilantik...Aku hairan dengan sikap-sikap manusia ni...nak pangkat tapi tak reti nak jalankan tanggungjawab..Apa diorg ingat kat Akhirat diorg tak kena soal agaknya..Pada aku apalah hebat sangat nak jadi Ketua Kampung, Aku cuma dapat lihat keletihan dan kepenatan kat wajah abah, pengurusan kampung boleh dikatakan hari2 orang datang kat rumah mak mengadu itu dan ini.Dengan elaun sebanyak RM 400.00 sebulan abah tak mengeluh pun jauh sekali nak merungut. Ada yang kata Ketua Kampung dapat elaun RM 2,000...sebab tu ramai yang berebut-rebut nak jadi Ketua Kampung..ya Allah...menteliti orang-orang ini ingat Ketua Kampung dapat gaji sebanyak itu ke? .....BENGONG!!!!

Sekali lagi diorg kacau Abah aku...memang diorg SIAP...dulu2 nak cari pasal boleh ler sebab aku budak2 yang tak tau menda dan aku telah dididik untuk tidak campur urusan orang tua2...tapi SEKARANG!! aku tak peduli sesiapa pun, sedikit diorg usik HATI MAK N ABAH aku ....DIORG SIAP!!!! sebab aku cukup kenal mak bapak aku!!!! Ingat tu!!! pada orang2 yang berkenaan.....ENGKORANG USIK HATI ORANG TUA AKU....ENGKORANG SIAP ARR....

PESANAN SORANG ANAK...
Mizz Tiny

No comments: