Sunday, 6 February 2011

KERJASAMA SATU PASUKAN

Letih nyer hari ni...3 minggu tak berehat dihujung minggu rasa badan macam Dawai pula boleh dipulas2...penat n letih yang tak boleh nak kata...tapi seronok dan enjoy melalui hujung-hujung minggu bersama-sama peserta kursus yang amat mengembirakan..
Banyak pengalaman yang dikutip dan diterima melalui peserta kursus walaupun aku hanya sebagai Pembantu Facilitator tapi pengalaman berkongsi ilmu dengan peserta serta rakan-rakan facilitator amat mengujakan...ILMU ni kalau tak dtuntut memang tak akan dapat di mana-mana...Yang bestnya minggu depan aku akan naik satu step pula untuk menjadi Facilitator...memang aku tak sabar nak tunggu saat ini...bukan senang dan mudah untuk mencapai satu tahap yang kita selama ini tidak yakin dengan kemaapuan yang kita ada..begitu juga dengan aku....tapi insya-allah...berbekalkan pengalaman, tunjuk ajar Boss2 Facilitator dan Rakan-rakan Insyallah aku akan laksanakan tugas sebaik yang mungkin yang penting matlamat tercapai dan misi terlaksana.

Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan Kursus tersebut nampak ada kecacatan bila Kerjasama di antara pasukan-pasukan yang menjadi urusetia amat lemah.
Ini disebabkan bila satu pasukan yang dikatakan menjadi Ketua Urusetia tidak mengamalkan komunikasi dua hala di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain bagi menjayakan misi dan visi kursus tersebut maka terjadilah masaalah komunikasi dan arahan yang tidak tepat dan betul. Tapi secara jujurnya Aku amat respect dengan Boss mereka yang aku lihat bersungguh-sungguh mahukan satu kerjasama yang bersepadu diantara satu pasukan dengan pasukan yang lain. Tapi ada sebilangan anak buahnya yang menjadi urusetia Program tersebut nampak macam Bodoh Sombong. Lagi lucu bila masa postmortem petang tadi...adalah sorg urusetia tu cakap...menyalahkan pasukan yg lain yang tak bagi kerjasama, kononya semua ursetia dia jek yang buat kerja...yang pasukan lain semuanya tak membantu, pasukan lain susah nak diarah, payah dipanggilah apa lah....pendek kata semua yang buruk pada pasukan lain...yang pasukam dia jek OK...padahal ntah apa2...hehehe...(KUTUK JGN TAK KUTUK)...geram sangat cara dia cakap..mentang-mentang boss dia ada kat depan....dok ingat dia baik ler konon...
Aku nak je ckp kat dia...Tuan, nak jadi Ketua Urusetia ni...Kena Bijak, bukan bengap tahap GABAN...namanya kita ni kerja dah berpasukan..salah ke kalau tuan panggil kami semua pasukan yang terlibat, Tuan maklumkan pada semua apa tugas-tugas yang patut dibuat dan maklumkan pada kami apa tugasan yang patut kami laksanakan bagi membantu urusetia melancarkan perjalanan program selain kami sebagi Ko-Facilitator dalam program ni...Jangan ler awak tu BODOH SOMBONG SANGAT...Meeting pun buat dengan pasukan dia...yang kitaorg ni terkebil2 cam orang bodoh...takkan nak p sana duduk kat depan pasukan tuan sedangkan tak dipanggil pun utk terlibat dalam meeting tersebut?..kang aku ckp mcm ni tak pasal2 Tuan malu sendiri....aku nampak dia ni asyik kehulu ke hilir dengan kamera kat tangan ntah buat apa ntah....hehehe...malas nak komen....kot Tuan ni suka jadi juru kamera agaknya..

Aku ni pula awal-awal lagi kawan2 dah pesan tak payah komen apa2...diam jer...sebab semua dah pakat-pakat nak balik awal..malas nak berkomunikasi lama-lama...kang lambat balik...hehehe...sedangkan dalam cheklist aku banyak benda aku nak sebutkan nak minta urusetia bagi perhatian sedikit...bukan nak cari salah sesiapa tetapi dah namanya kerja satu pasukan aku just nak tegur nak diorg ambil perhatian supaya next kursus akan datang urusetia kena perhatikan perkara-perkara yang berbangkit terutama soal kebajikan ke semua Urusetia 4 pasukan ini.

Semua yang ditegur bukan untuk mencari salah atau silap sesiapa...tetapi lebih sekadar sebagai persiapan untuk menjadikan kursus ini kursus terbaik. Kalau bukan kita yang memperbaiki perjalanan kursus ini siapa lagi? So terima setiap teguran dengan hati terbuka. Jangan anggap teguran itu utk menjatuhkan sesiapa tidak.....
Percayalah semua team mahukan yang terbaik...sebab tu aku lebih suka cara seorang sahabat aku yang sering mengajar aku untuk berfikiran Positif. Ta perlu ada postmoterm tapi buat penambahbaikan dari kelamahan..postmoterm tu cuma mencari salah...direct to the point mencari penambahbaikan dari kelemahan so hati siapa2 pun tak sakit..sebab semua org sudah penat berkerja...seringkali ini yang aku diingatkan..

Next Week seperti biasa...turun kem..tinggalkan keluarga dan impian hendak bersantai2 dihujung minggu..namun aku bangga sekurang-kurangnya ini curahan khidmat bakti kepada Bangsa, agama dan tanah air...Semoga perjuangan ini tidak terhenti sampai setakat ini sahaja....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini Demi Agama, Bangsa Ku dan Negaraku.....


Perwaris Bangsa
Mizz Tiny

No comments: