Wednesday, 2 February 2011

Kesabaran Ku Di Uji Lagi..

Jumaat lepas kesabaran ku cukup teruji. 2 hp dan Beg Duit dicuri orang sewaktu aku sedang bermesyuarat. Gelagat pencuri tersebut berjaya dirakamkan oleh CCTV di dalam pejabat kami. Aku tidak berasa larat dengan kehilangan duit yang yang ada dalam dompet tersebut.Cuma aku buat aku rasa ralat n terkilan ialah kehilangan HP dan semua dokumen merangkumi kad Bank, Kad Kredit, Lesen Kereta, Kad Pelajar, Kad Petugas Khas PRK dan Kad pengenalan Diri. Aku sendiri semamngnya tidak suka berurusan dengan benda-benda ini...sebab aku tahu betapa payahnya hendak ke Balai polis dan Bank membuat laporan dan aduan mengenai kehilangan tersebut, Proses membuat semula Kad pengenalan, Kad Bank, lesen dan semua perkara membuatkan banyak kerja tertangguh dan tertunggak serta buang masa. Sedangkan selama ini aku lebih selesa berurusan mengenai pembayaran bil2 yang segala macam dan pembayaran kereta semuanya melalui internat perbankkan. Mudah dan senang sangat tanpa perlu beratur dan yang paling penting aku tidak susah untuk memandu ketempat-tempat tersebut.

Tapi kehilangan semua barangan wajib tersebut buat aku rasa cukup tekanan. Kehilangan HP tersebut buat aku rasa cukup sedih sebab dalam Hp tersebut gambar arwah satu2 nya anak kesayanaganku semuanya ku letakkan di dalam hp tersebut kerana aku beranggapan walau di mana aku pergi sekalipun ingatan dan kenangan bersama Baby Farish akan tetap mekar dalam jiwa dan sanubariku.Gambar yang terdapat dalam hp tersebut bermula dari Baby Farish diberikan kepada aku yang mana ketika itu usianya 3 hari, sehingga Baby farish berusia 8 bulan sewaktu Baby Farish menghembus nafas terakhir. Hanya gambar-gambar tersebut yang aku ada sebagai pengubat rindu di saat rindu datang bertandang..

Walau agak terkilan disebabkan kehilangan semua barangan itu tapi satu perkara yang aku pelajari ialah hubungan persahabatan di saat aku dalam berkeadaan seperti itu, di saat aku mengalami musibah tersebut Sahabat -sahabat di pejabat membantu ,menghulurkan sumbangan...Ya Allah ...rasa mcm terharu sangat-sangat, mana tak nyer Sabtu dan Ahad lepas aku pula di arah pergi menghadiri satu kursus. Memang tak sempat untuk membuat pengeluaran di bank menggunakan buku, jadi aku memutuskan untuk menerima pemberian mereka..terima kasih pada kawan2 yang membantu dan banyak memberi kekuatan untuk aku di saat mengalami musibah tersebut.

Walau apa pun berlaku...semua itu mengajar aku tentang banyak perkara. Syukur juga tuhan bagi aku kekuatan dan kesabaran melalui saat2 ini...cuma yang malasnya hendak berurusan dengan pihak2 tertentu yang kadang2 aku rasa perkara tersebut bukan susah sangat pun....tapi bak kata aku selalu Karenah Birokrasi...cukup menyusahkan orang ramai.

Semoga aku terus tabah dalam setiap ujian yang mendatang....Pada sahabat, pada keluarga yang memberi sokongan terima kasih sangat2...tanpa sokongan dr semua aku tidak mungkin setabah ini...


Salam Sayang..
Mizz Tiny

No comments: