Friday, 4 February 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

suatu ketika dulu, aku cukup tak faham kenapa mantan PM malaysia Tun Mahathir Mohammad, tokoh negarawan yang amat aku segani dan hormati berkata "Melayu Mudah Lupa", kenapa mesti melayu mudah lupa? kenapa melayu mesti lupa? kenapa mereka orang melayu lupa? semua persoalan itu semakin kerap bermain didalam fikiran.....dan kini aku semakin faham kenapa Tun mengatakan sedemiakian rupa...
Aku akui...semakin aku dewasa semakin aku faham kenapa Melayu Mudah Lupa...MEMANG melayu mudah lupa...memang melayu lupa...Lupa pada perjuangan yang sebenar....apabila Kepentingan diri mendahului kepentingan agama, bangsa dan negera...di mana halatuju perjuangan kita yang sebenar.....di mana mau meletakkan anak cucu kita di masa akan datang bila kita mendahulukan kepentingan diri....

saat ini...semasa coretan ini aku lakarkan ditinta kanvas maya ini....banyak perkara yang aku pelajari disini..perpaduan, kasih sayang dan cinta kepada agama bangsa dan negara. semakin kuat aku tanamkan dalam diri bahawa...syukur kepada allah kerana aku lahir di malaysia...


aku disini....
Mizz Tiny

No comments: