Thursday, 3 February 2011

PERWARIS BANGSA

Kita membina negara dari kehancuran masa silam..
Kita membina Bangsa yang Bermaruah,
Lantaran kerna kita pernah dijajah,
Dihina...
Bangsa kita adalah kita...
yang menceminkan sekotak ruang redup dikamar sutera..
Betapa cekal dan tabahnya pejuang kita...
Membina kekuatan dari kudrat dan titik-titik peluh
yang semakin lesu..
Membina sebuah negara atas rasa tanggungjawab
pada Alif Ba Ta...
Saat itu...
Air mata menitis...
membina kepayahan dalam kesusahan,
membina harapan dan impian dalam kekaburan...
membina jiwa dalam kelemasan...
membina jasad dalam kesamaran...
Namun iktizam dan semangat..tetap utuh dalam sanubari..
untuk anak dan cucu...
kalian membina sebuah tamadun dan negara
yang disegani kini...

Kini...Harapan dan impian kau bina...
Hancur ditangan manusia yang rakus dan tamakkan harta dunia..
Perjuangan bukan lagi kepada Alif Ba Ta..
tapi khusus duniawi...
Sedih ku melihat...
mereka2 saring bercakaran hanya kerana tamakkan kuasa dan pangkat...
mainan dunia...

Doa ku..."Ya Allah berikanlah kesedaran kepada mereka..Agar MELAYU tidak hilang didunia, agar bangsa, agamaku dan Tanah Airku Terbela..Selamatkanlah kami...dan bimbinglah kami...agar kami tetap mempertahankan segalanya...kerna kamilah PERWARIS BANGSA"

Perwaris Bangsa
Mizz Tiny

No comments: