Tuesday, 15 February 2011

Syabas Team Kudat

Setiap kali bila tiba hujung minggu pastinya ada tugas yang telah menanti untuk dilaksanakan. Menghabiskan hujung minggu bersama peserta kursus amat menyeronokkan walau pun sebagai jurulatih memang aku amat letih sekali, Bayangkanlah sebanyak 49 sesi kursus utk dihabiskan tanpa cuti dihujung minggu...Walau keluarga tak mengeluh tapi kadang2 adik2 bising juga...sebab aku terpaksa korbankan masa riadah dan sosial bersama mereka kerana tugas...
Adik aku yang bungsu siap cakap...sampai bilalah macam ni....Asyik duk rumah je hujung minggu, kak long tu mcm tulang besi urat dawai....hahaha...aku gelak bila mak mengadu, cuma aku cakap kat mak ini sementara sahaja. nanti bila semua dah selesai balik ler mcm biasa.
Seronok bersama kumpulan dari kudat, Berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu dengan mereka-mereka yang punya pengalaman sedikit sebanyak sebagai jurulatih aku juga dapat menambahkan ilmu. Sikap kemesraan mereka sedikit sebanyak mengiburkan hati dan rasa letih yang sudah dua minggu menjalankan tugas bila tiba hujung minggu.
Keazaman, komitmen mereka memang aku cukup bangga....
Di akhir program salam persahabatan dihulurkan, sesi pertukaran no telefon agar ukuwah persahabatan berpanjangan sampai bila2..Aku katakan pada mereka persahabatan ini sampai bila2...sekiranya mereka memerlukan bantuan aku tidak2 segan silu utk membantu....mereka boleh menghubungi aku bila2 masa sahaja..
Syabas Buat Team kudat.

Salam Sayang..
Mizz Tiny

No comments: