Wednesday, 23 March 2011

Sesuci Kasih Umi


Sekali lagi dugaan datang disaat aku masih teruma dengan kehilangan Daniel, Ternyata dugaan Allah terlalu hebat..sekali lagi aku kehilangan insan yang cukup aku nantikan kehadiran nya dalam hidup ku.
Angkara sikap manusia yang aku anggap sebagai tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung. Memang aku cukup marah, memang aku cukup terluka kerana kebaikan yang aku berikan sebaliknya keburukan yang aku terima hanya kerana aku mahu membantu atas dasar kemanusiaan. Andai aku tahu begini jadinya...demi Allah aku tidak akan membantu manusia itu biarlah apa pun terjadi kerana aku tidak akan sesekali menjalinkan hubungan dengan manusia yang Talam Dua Muka.

Baby Iman...Bukan umi tidak sayang dengan Iman, bukan umi tidak mahu menerima iman dalam hidup umi kembali, tapi Hati Umi cukup hancur dan terluka kerana perbuatan orang tua kamu, Demi Allah umi tidak sesekali akan maafkan mereka yang telah memisahkan Iman dari Umi, Umi tidak akan maafkan mereka sehingga badan dikandung tanah sehingga umi menutup mata...tidak sesekali...
Niat umi ikhlas kerana Allah dan atas dasar kemanusiaan Umi menerima Iman atas permintaan dan kehendak orang tua Iman...tapi apa yg umi dapat akhirnya umi dihina hanya kerana mahu menjaga maruah seorang wanita tapi umi yang mendapat keburukan.
Pada wanita itu....Sehingga ke liang lahad saya tidak akan memaafkan kamu....atas apa yang kamu lakukan cukup membuatkan saya serik utk membuat kebaikan sesama insan...semoga kamu insaf atas segala perbuatan yang kamu buat pada saya.....

Baby Iman....walau di mana umi berada, walau di mana iman berada..iman akan tetap kekal dihati umi...walau seketika mencurahkan kasih sayang pada iman tapi umi tahu iman juga dapat rasakan kasih sayang itu....Umi sayangkan Iman....dan umi akan tetap mengingati Iman selagi hayat dikandung badan.....Sesuci kasih Umi sehingga akhir hayat umi....

No comments: