Sunday, 10 April 2011

Berkelana Di Bumi Sarawak

Terasa pengalaman perjalanan ini amat menyeronokkan,Walaupun pertama kali menjejakkan kaki dibumi Kuching,tapi aku amat kagum dengan pembangunan yang amat pesat dan pastinya sangkaan dan telahan ku selama ini mengenai Sarawak terlalu jauh meleset. Sarawak sebuah negeri yang amat luas, Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negeri yang mempunyai keluasan satu semenanjung. Satu perkara yang amat aku kagum ialah budi bahasa pemandu-pemandu di sarawak ini cukup baik dan bertimbang rasa. Selama hampir seminggu berkelana disini, memandu sejauh 8 jam berulang alik dari Kawasan pertugasan dan Kuching kesilapan mengambil lorong sewaktu memandu sering berlaku, tapi apa yang amat mengkagumkan saya ialah pemandu2 disarawak langsung tidak membunyikan hon atau menunjukkan isyarat marah kalau saya tersalah masuk lorong jalan atau sebaliknya. malah mereka memperlahankan kenderaan dengan memberi laluan kepada saya...seronok memandu disini kerana pemandu2 di sarawak sungguh baik hati.
Semakin Hari semakin dekat masa untuk meninggalkan Bumi Kuching terasa mcm berat rasa hati hendak meninggalkan bumi Kuching yang sungguh aman dan damai....
Mungkin Hati sudah terpaut dengan keindahan Di Bumi Kuching....
Mungkin juga aku akan ke sini semula....mengutip serpihan kenangan yang amat indah.....?

Salam Sayang dari Bumi Kuching
Mizz Tiny

No comments: