Thursday, 26 May 2011

Catatan Tiny

Banyak betul yang mahu dikongsikan dengan rakan-rakan, tapi tak tahu dimana saya harus bermula. Lepas balik dari BERCUTI2 di Jakarta -Bandung, banyak sangat perkara yang harus saya selesaikan. Kebetulan balik 19hb Mei tu masa di Airport Jakarta saya mendapat panggilan yang memaklumkan Makcik saya sakit, tapi saya tak tau sakit yang bagaimana. Cuma dari jauh saya titipkan doa dan salam semoga beliau cepat sembuh. Saya dan adik2 amat rapat dengan makcik memandangkan umur saya dan makcik tak jauh beza...ibarat macam makcik dan saya seperti adik dan kakak. Kami akan berkongsi cerita suka dan duka dan yang paling pasti saya menjadi pendengar paling setia bila dia bercerita itu dan ini.

Sesampai di Rumah pada 19hb Mei 2011, saya terus mendapatkan mak kerna mahu mengetahui apa sebenarnya sakit makcik sehingga ditahan di hospital sedangkan makcik saya ni seorang yang terlalu menjaga kesihatan. Mak bagitau yang makcik sekarang ICU maksudnya makcik dalam keadaan koma..! SUBAHNALLAH! Terduduk saya seketika mendengar penjelasan mak, saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Mahu menangis tapi Airmata tidak keluar. Saya cuba bersikap tabah didepan mak kerna saya tidak mahu mak juga berasa sedih. Saya terus menggoggle untuk mencari apa sebab makcik boleh dapat penyakit tu sedangkan mengikit kata mak makcik tak ada jatuh pun..cuma makcik mengalami sakit kepala yang kerap. Kebetulan pada minggu itu juga kenduri kawin adik lelaki saya bakal dilangsungkan. Aduh memang pening dibuatnya. Memang saya cukup sedih sebab dalam keadaan kemeriahan menyambut menantu baru mak, makcik saya terlantar koma di wad icu Hospital Kota Kinabalu. Sedangkan selama ini makcik tidak pernah missed berada bersama kami meraikan apa sahaja acara yang berlangsung. tapi kali ini amat jangkal kerana makcik tidak berada bersama kami itu yang membuatkan saya rasa cukup terkilan.

Semasa Adik lelaki melafazkan nikah, selepas itu dia menangis dengan sepuas2 hati. Bila saya bertanya kenapa? Adik bagitau sejurus selepas beliau melafaz akad dia terbayangkan wajah makcik yang terlantar dihospital. Kerana itu dia tidak dapat menahan sebak kerana perkahwinan nya tidak disertai oleh makcik.

O ya lupa saya maklumkan, Makcik koma disebabkan terdapat darah beku di dalam kepala, dan kerana itu beliau sering mengalami sakit kepala yang teruk. Mengikut kata anak2 makcik. Mak mereka tak jatuh. Cuma makcik mengalami sakit kepala yang kerap dan membuat kan makcik sering berasa lemas. 3 Hari sebelum tu, makcik mengalami muntah2 yang amat teruk. tapi anak2 makcik ingat ianya hanya sakit perut biasa. Hari khamis 18hb Mei 2011 selepas balik mengajar makcik mengalami sakit kepala yanga amat teruk dan menurut anak makcik, makcik tidur selepas balik dari mengajar. Syukur alhamdulilah..sebab anak2 makcik seramai 4 orang yang kebetulan masa itu hanya anak 2 orang anak lelaki makcik dan seorang anak perempuan yang berusia 10 tahun berada dirumah memaksa mak mereka utk ke hospital. walaupun dalam keadaan separa sedar makcik tetap berkeras tidak mahu ke hospital, maka anak makcik yang saya panggil wawan bertindak pantas membawa mak mereka ke hospital setelah memaklumkan kepada ayah mereka.

Pada hari yang sama makcik dihantar terus ke hospital Kota Kinabalu dari Hospital Papar kes makcik dirujuk terus ke Hospital kk dan pada hari yang sama makcik dibedah utk membuang darah beku yang berada di kepala. Makcik di masukkan di ICU sejurus selepas dibedah. dan makcik tidak sedarkan diri selama 3 hari, namun syukur alhamdulilah selepas hari ke 4 makcik sudah mula bergerak, dan mendengar setiap patah butiran kata kami walaupun berada didalam keadaan yang amat lemah. walaupun masuk secara bergilir2 semua ahli keluarga memberi kata2 peransang agar beliau terus kuat menghadapi dugaan ini. Syukur kepada tuhan dan saya sendiri tidak putus2 memaklumkan pada rakan2 twitter utk mendoakan makcik saya agar cepat sembuh. Terima Kasih kepada rakan2 yang mendoakan semoga jasa baik rakan2 hanya Allah yang dapat membalas JASA Baik rakan2 semua. Terima Kasih.
Sekarang makcik telah dikeluarkan dari Wad ICU, dan diletakkan di satu wad utk pemantauan, Syukur Alhamdulilah semuanya berkeadaan baik. Cuma kesan dari pembedahan tersebut mata makcik menjadi tidak terang dan mata makcik kabur dan beliau tidak dapat melihat seperti sediakala.Mungkin juga kesan dari pembedahan tersbut Tapi saya percaya beliau akan sembuh sepenuhnya. Yang penting pada saya dan seluruh keluarga mahu beliau sembuh seperti dulu. saya amat rindu mahu mendengar celoteh2 dan gelak tawa makcik. dan lagipun anak2 makcik dan pakcik saya amat memerlukan nya. Doa saya dan keluarga tidak putus2 mahu melihat beliau tersu sembuh. Syukur Alhamdulilah...Tuhan mendengar doa saya dan keluarga. Semoga allah terus memberi kami kekuatan untuk menghadapi saat2 ini.

Pada rakan2 diluar sana, saya mahu berpesan, jangan mengambil mudah pada sakit2 yang kita anggap biasa sahaja, seperti sakit kepala contohnya. bawalah ke doktor dan sekiranya ada simptom2 yang mencurigakan teruslah jumpa dan bawa ke doktor. Jangan dibiarkan insyallah semuanya akan selamat. Sebagai contoh sekiranya kita sakit kepala berterusan dan muntah2 yang teruk jangan dibiarkan. Semoga pengalaman saya ini menjadi iktibar dan ingatan pada rakan2 diluar sana.

Disini saya ada sertakan artikel mengenai Punca2 Penyakit Darah Beku. semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua.

salam sayang dari saya..dana saya mohon pada rakan2 semua untuk terus mendoakan makcik saya...semoag Allah membalas jasa baik rakan2...

http://drpakar.blogspot.com/2009/04/keperluan-komponen-pembekuan-darah.html (Darah Beku )


salam sayang
Mizz Tiny

No comments: