Monday, 2 May 2011

CUTI CUTI MALAYSIA




SANTUBUNG NICE PLACE

Ini baru cuti2 malaysia, Dari Sarawak ke Kuala Lumpur, memang puas berjalan, memang puas bercuti dan yang paling best memang puas TIDOR. Selama 5 Hari Bercuti dan berjalan2 ke Kuching dan Kuala Lumpur esok 3 hb dah nak balik ke Sabah. Memang rasa tak puas nak berjalan dan bershoping-shoping di Kuching dan Kuala Lumpur.
Ke Kuching dengan flight seawal pukul 7 pagi tapi disebabkan malam sebelum tu aku tidor pukul 4 pagi jawab nyer aku lewat bangun dan flight pun terlepas. Dalam kereta aku tersedar apa lagi yang terlupa...OMG my GPS!! Mcm mana ni? Blur aku sekejap..sbb nak drive di Kuching tu bukan senang tanpa GPS..ahh biarlah aku nekad guna IPAD yg ada utk pandu arah...Sampai je Di Airport mmg confirm aku terlewat, tapi secepat yg mungkin aku terjah je lah mana2 kaunter yang penting dpt Fly pukul 7..ermmm...PINTU pula jauh sangat....Tarik Beg, buka kasut apa lagi kejar je lah...hahaha...tp mmg confirm lewat..sampai di Pintu 2A aku tgk flight baru je close the door...confirm aku diTINGGALKAN ....duduk bertenang sekejap, menarik nafas, Buka IPAD cari flight yang terdekat... Aduh satu Hal lagi hendak mencari flight yang terdekat,tgk penerbangan pukul 2 ptg..ermm tak nak lah..jadi aku putuskan utk pergi ke kaunter MAS, dapatlah flight penerbangan pukul 10.00 am ke Kuching. YES....Alhamdulilah sesampai dikuching lebih kurang 11.30 am kereta sewa sudah sedia menunggu dan dapat saja kereta aku terus ke UITM Samarahan jumpa my sis ajak dia cuti-cuti malaysia di Kuching kebetulan my sis pun tak ada kelas.
Di Kuching seperti biasa mmg tempat kegemaran akulah aku stay, Homestay Barok kepunyaan Abg Pian, mmg seronok tinggal di homestay abg pian, 1. Senang cari Makanan,
2, Aku dah biasa disitu, 3. Area Kek Lapis (hehehe)









(ini ruang sudut homestay)

Tujuan aku sebenarnya ke Kuching semata-mata nak makan Banana Fritters, hahahaha...di Khatulistiwa Cafe. kat kk aku dah round memang tak ada...
Sabtu aku bertolak ke KL, flight seawal pukul 6 pagi..maksudnya aku akn tinggalkan bandar kuching, tapi yang pasti aku akan datang lagi bercuti ke sini...Kuching sebuah bandar yang amat indah utk bercuti...lagipun selama 2 minggu bertugas di bandar kuching banyak kenangan pahit manis yang dilalui bersama2 rakan seperjuangan tapi itu tidak mungkin mematahkan langkah utk kembali kesini semula.



Bertolak ke Kuala Lumpur pada hari sabtu, Tujuan utama adalah untuk memberi sokongan kepada sahabat untuk hadir ke program yang mereka anjurkan. Sekurang-kurangnya pengalaman melihat program mereka memberikan aku satu inspirasi bagaimana mahu membuat program yang have fun macam tu..dan tujuan kedua ke KL selain dari bercuti adalah utk ke Pameran Buku Di PWTC.
Alhamdulilah sampai di KL aku hairan kenapa sesak sangat KL time ni, ooo baru aku tahu isnin kan cuti jadi ramai yang ambil kesempatan untuk ke KL sempena pesta buku dan Pesta Jualan Harga Runtuh di Sogo...hahahaha.

Seperti biasa mengikut sahabat ke program yang dianjurkan alhamdulilah..sokongan amat memberangsangkan..wlu pada permulaan tu risau juga sebab hujan..tapi majoriti pengunjung tidak bergerak sehingga habis program dianggarkan seramai 2500 orang hadir ke program tersebut. Cina, India dan Melayu..nampak semangat 1 Malaysia.Tahniah pada semua yang terlibat...Bangga dengan kawan2 yang anjur program sehebat itu..



Aku juga mengambil kesempatan untuk ke Pesta Buku di PWTC. seperti biasa memborong buku adalah kegemaranku bila tiba di KUala Lumpur...tapi kali ini buku tak banyak aku beli. Ada 3, tak larat orang ramai sangat dan migrin pun keluar dengan keadaan cuaca yang teramat panas...aku tak lama kat PWTC..dapat 3 buah buku Pun cukuplah.

Hari terakhir aku di Kuala Lumpur. Aku mengambil kesempatan untuk meninjau kedai-kedai buku yang biasa aku pergi..dapatlah sebuah Novel so maknanya aku ada 4 buah koleksi buku dan novel utk dibawa balik bagi mengisi perpustakaan dalam rumahku..mungkin kerana minat membaca yang amat mendalam sedari aku sekolah tadika sehingga sekarang minat membaca tidak pernah luntur.

dan pada hari ini aku mengambil peluang utk bershoping2 di Sogo kebetulan Sale musim Luruh hahahaha....mmg setiap tahun aku pasti akan ke KL pada bulan 4 utk ke PWTC sempena pameran buku dan Sale di Sogo. Sale di Sogo pada bulan 4 kebanyakkannya kepada Beg n Kasut pelbagai jenama. dan tentu Carlo Rino, Sembonia dan Bonia menjadi pilihanku. Tapi kali ini beg n kasut kesemua jenama ini tidak menarik perhatian ku dan aku rasa aku patut berhenti membeli beg dan kasut jenama ini pada tahun ini kerana ada beberapa beg n kasut yang belum aku gunakan atau belum aku pakai pun.. Tapi aku beralih membeli beberapa pasang pakaian baju kemeja dan seluar slack, pakaian utk ke pejabat dan tugas luar. 7 helai kemeja Nicole n Pure menjadi pilihan bersama 3 seluar slack nicole dan Pure sempat aku beli.cukup lah membeli belah utk kali ini.. dan aku mengambil kesempatan utk membeli barangan keperluan perkahwinan adik lelaki ku yang akan melangsungkan pernikahan pada 21 mei 2011, maknanya tahun ini musim mak n abah menerima menantu...hahaha..
dan lebih kurang pukul 2 selepas menikmati dum sum di Sogo aku balik ke bilik. Nak tidor letih. Balik ke bilik memang betul2 tidor sedari pukul 2 lebih sampai pukul 9 mlm aku tidor tapi terjaga itu pun sebab perut berdondang sayang..memang betul2 bercuti dan berehat kali ini. Lusa masuk pejabat dengan semangat baru..badan dah tak letih setelah lama bercuti.

Semakin sejuk pula aku rasa dalam bilik ni, nasib baik ada stokin utk aku sarungkan ke kaki, ditemani lagu Harapan kecewa nyanyian Ahmad Jais. aku ingin menoktahkan coretan ini...o ya esok dah nak balik KK...

coretan
Mizz Tiny

No comments: