Wednesday, 18 May 2011

CUTI-CUTI JAKARTA BANDUNG PART 2











Hari Ke 2 di Bandung, 13hb Mei, 2011, seawal pagi pukul 9 lebih kurang kami keluar dari Hotel, Tujuan utamanya adalah untuk mencari sarapan pagi. Terjumpa Warung ditepi jalan berdekatan muzium Gerai kecik ini Nampak macam tidak mempunyai makanan yang enak, tapi bila kami masuk dan duduk didalamnya…makanan yang dihidangkan amat sedap. Fuhh…memang ndak jumpa dimana-mana. Makanan yang special disini ialah Yamin Baso. Yamin Baso ialah makanan berupa mee yang dicelur, simpan kicap manis, letak isi ayam dan kuahnya Bola2 Baso dan Wantan..memang amat sedap. Tidak akan kita jumpa makanan sesedap ini di Malaysia. Sebab resepinya memang resepi JAWA TULIN, rasanya ada sedikit macam diletak minyak sapi.

Selesai makan tujuan seterusnya ialah ke Pasar Baru…(yehhaaaaa…shopping time) gila banget deh…sesampai di pasar baru ini memang mata naik juling dan pening.. dari Telekung, jubah dan kain pasang SULAM Bukit tinggi yang harga mencecah RM 200.00 di Malaysia di sini hanya RM 35-RM40.00, yang mahal Cuma berharga RM 60.00 duit Malaysia (sulam dan manik) . Adui sampai juling2 mata tengok kain Sulam Bukit Tinggi , 3 pasang telekung saya beli utk mak, makcik dan utk saya sendiri. Kain pasang sulam manik Bukit Tinggi untuk mak dan adik2 dan kain lace pengantin yang amat cantik untuk diri saya sendiri. Sebanyak 3 jenis kain lace, berwarna purple, pink dan orange. (hahaha jangan salah sangka, kain pengantin ini utk dipakai pada acara2 dinner atau menghadiri majlis perkahwinan dan acara2 jemputan bukan utk bernikah)
Kain Lace pengantin juga amat murah dan sangat murah, mungkin sebab tu orang katakana Bandung adalah syurga membeli belah.)

Pelbagai jenis Batik juga disediakan disini. Yang penting kena pandai menawar atau lebih senang kena pandai tawar harga. Memang akan dapat murah kalau kena dengan caranya.
Batik disini amat berbeza dengan batik kita di Malaysia. Tapi untuk kelainan cubalah beli, batiknya macam2 dari yg kualiti ok hingga kualiti yang biasa2.Tapi kalau mahu bershopping memang BANDUNG kota Shopping yang paling bagus...macam ada2....hahaha
Saya sendiri pening mahu membeli yang mana satu ole2 untuk keluarga yang lain...semuanya cantik2 dan murah2 belaka.

Bayangkan kami berada di Pasar Baru Bandung ini sedari awal jam 10 pagi lebih kurang hingga pukul 6 ptg...kalau tak silap Pasar Baru ini mempunyai 7 tingkat...adui..memang pening juga kalau sudah terpisah. kena lah cari di information counter sbb tempat ini terlalu luas dan cukup luas. kalau mahu bershopping disini baik tak payah bawak budak2 memang keadaan disini cukup sesak dan sempit.

selepas puas bershopping kami balik ke hotel menaiki kereta, nanti saya simpan pic nya disini. saya mau merasa semua pengangkutan awam yang ada disini. Bukan apa sekadar mau merasa suasana itu. sudah alang2 ke sini kenapa tidak dicoba semuanya kan? belum tahu lagi sama ada masih ada peluang atau tidak untuk kemari lagi...(pssstttt pasti datang lagi sbb mahu bershoping membeli keperluan hari raya pada tahun depan...hahahaha)

Selepas puas bershoping hari ke 2 memang bebaloi2...berbaloi dengan penat dan letih nya....ermmmm...nanti saya bercerita lagi untuk perjalanan hari ke 3 di Tangkuban Parahu ...tpt yang sering menjadi sebutan sesiapa yang pernah datang ke sini....

salam Dari Kota Jakarta Indonesia
Mizz Tiny

1 comment:

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com