Saturday, 14 May 2011

JALAN-JALAN JAKARTA -BANDUNG PART 1




Alhamdulilah, setelah berada 2 hari disini baru berkesempatan dapat menulis di blog,Kenapa tidak, Hotel tempat saya tinggal hari pertama langsung tidak ada kemudahan internet dan wifi. HP pula saya tak buka roaming sebab tidak mahu dibebankan dengan bil yang banyak. NO DIGI saya pula memang tak bertahan lama, bayangkan baki kt yang ada sebelum sampai ke Jakarta isian nya sebanyak RM 31.00, tetapi bila sampai diAiport Jakarta, saya call mak dan memaklumkan saya sudah sampai di jakarta kt tinggal RM 15 lebih, lepas tu saya ber SMS dgn rakan sebanyak dua kali sahaja isian kt saya sudah minta direlodkan..hahaha....sudahnya saya putuskan tidak mahu menggunakan hp tapi sebaliknya saya hanya mahu menggunakan FB atau YM sebagai alat untuk berhubung dengan rakan2 di Malaysia, Lantas pada hari ke tiga saya putuskan utk berpondah mencari Hotel yang ada kemudahan Internet atau WIFI...

Jum saya ceritakan pengalaman Jalan-Jalan Jakarta Bandung Part 1.

Perjalanan ini melibatkan saya dengan beberapa orang dan Adik Lelaki saya bersama Isterinya yang kebetulan baru bernikah pada 3 aPRIL 2011, Perjalanan pada tarikh 12 hingga 19 Mei, 2011 melibatkan Jakarta dan Bandung sebagai destinasi pilihan kami.
Perjalanan kami ini tidak melibatkan guide atau dikenali sebagai pemandu arah, sebab saya tak nak terikat dengan jadual dan bebas ke mana-mana dan lebih penting boleh berjimat.hahaha....ok Pada 12 hb Mei, 2011 flight yang sepatutnya terbang ke jakarta pada pukul 5.10 petang telah ditunda kepada 5.40 petang. Aku yang pada mulanya menyangka penerbangan ini memakan masa selama 1 jam sebenarnya aku silap...hahaha sebab didalam tiket boarding flight letak pukul 6.50 pm...sebenarnya sejam lewat waktu indonesia. dan flight kami sampai di Aipport jakarta pada pukul 8.30 pm. sesampainya kami di Aiport Jakarta saya telah menghubungi seorang touris guide pada malam sebelum berlepas ke jakarta utk menghantar kami ke Bandung. Alhamdulilah..pada mulanya kami gabra juga pasal orang yang sepatutnya menghantar kami kebandung patut ada di situ. Hampir 10 minit juga kami menunggu akhirnya saya memutuskan utk keluar di bahagian menunggu berkemungkinan orang tersebut ada disana. syukur....bila saya terpandang seseorang memegang kertas yang tertulis nama saya IBU HERTINY...hahaha..pantas saya mencuit pakcik tersebut. dia memaklumkan kepada kami yang dia telah sampai di ajakarta pada pukul 4 petang kerna menyangka kami sampai pada pukul 6.50 pm.




Kami Bertolak ke Bandung malam itu juga. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam setengah. Akhirnya kami sampai di Bandung pada pukul 1 lebih. Hotel yang kami duduki bernama Hotel Istana. Kami 6 memutuskan untuk mengambil bilik suite yang berharga RPD 650.000.00. (ENAM RATUS LIMA PULUH RIBU RUPIAH) BERSAMAAN dengan RM 182.000 duit Malaysia. Murah kan? Bilik memang Besar. Ada Ruang Tamu dan Sebuah Bilik Besar. Cuma saya tak berapa minat kerana tidak mempunyai kemudahan internat...memang rasa cukup tertekan hahaha...HP pula tak boleh guna adui....tekanan tahap anda.....bila kemudahan wifi atau internat tidak ada. o ya lupa saya mau maklumkan Tambang dari Jakarta ke Bandung adalah sebanyak RPD 800.000.00 (LAPAN RATUS RIBU RUPIAH) bersamaan dengan RM 224.00 duit malaysia. (utk makluman kadar tukaran duit Malaysia ialah RM 2.80 kalau nasib baik boleh dapat tukaran wang RM3.00)malam itu kami berehat kerana perjalanan yang amat jauh dan meletihkan..o ya nama bapak yang menjemput kami itu ialah Pak Aziz...terima kasih Pak Aziz kerana membawa kami dengan selamat.

Jum sambung cerita Jalan-Jalan jAKARTA -BANDUNG part 2....hehehe


salam sayang dari Bandung
Mizz Tiny

1 comment:

LilYLiZ@ said...

salam, saya akan bercuti ke jakarta-bandung dis 2011, boleh tak minta nama dan no tel guide di sana? tq yer