Thursday, 13 October 2011

HANYA PADAMU ....

Tetiba rasa mcm nak menulis malam ni...banyak perkara yang bersarang diminda, setiap saat minda ini terus berfikir kadang2 dalam hendak lelap sempat lagi berfikir utk esok...hebatkan kuasa Allah bila otak yang kecil mampu berfikir utk esok, lusa dan tulat..kdg2 boleh berfikir untuk minggu depan...
Sebentar tadi sibuk mencari bahan rujukkan untuk assignment, tak sedar mak duduk kat sebelah, "Kak tak penat ke? siang kerja, malam buat asignment, tidor lewat, pagi esok nak kerja? masa bila badan nak rehat? Buat apalah nak belajar lagi kak, susah2 buat penat diri saja, , kata mak.
Aku pandang muka mak, sambil senyum aku jawab," Mak, cita2 kakak kan dari dulu mmg mahu sambung study bila ada kesempatan dan peluang, Insyallah..pandai2 lah kakak bahagi masa antara study dan kerja. Jangan risau mak, Lagipun kalau ada peluang, kakak buat kerja baik2 dan habis belajar ada peluang lain mana tau dapat naik pangkat atau dapat naik gaji kan ke best mak..semua tu untuk mak n abah dan keluarga kita..." kata ku pada mak.
Memang itulah tujuan sebenar aku, Belajar tinggi dan Berkerja keras demi keluarga tersayang terutama sekali untuk mak dan abah, kalau ada rezeki dan peluang naik gaji semuanya untuk mak dan abah.
Aku cuma mahu mak dan abah bahagia, aku cuma mahu mak dan abah gembira melalui akhir2 kehidupan mereka. Aku mahu tunaikan semua impian dan harapan mak dan abah..sebab aku tahu mak dan abah melalui kehidupan yang cukup sukar dan susah dalam membesarkan kami...aku yang memahami betapa susah dan sukarnya membesarkan 9 orang anak sehingga banyak perkara yang abah korbankan untuk membesarkan kami.
Sebab itu bila orang tanya aku kenapa aku harus berkerja kuat2..aku akan jawab sebab mahu naik pangkat dan dapat gaji besar2...jawapan ikhlas ini lahir dari hati seorang anak yang pernah melihat kepayahan dan kesengsaraan orang tuannya dalam membesarkan anak2nya.
Ya pahit jerih mak dan abah membesarkan kami membuatkan aku tekad, mencari rezeki yang halal semata2 untuk memberi kebahagiaan kepada kedua2nya. Airmata mak yang mengalir menginsafkan aku....bahawa pengorbanan mereka tidak akan aku sia2kan..
Selagi aku hidup dalam dunia ini.... aku pohon kepada Allah.....agar terus memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk memberikan kebahagiaan kepada mak dan abah. Selagi hayat masih dikandung badan...selagi mata belum tertutup....hanya kebahagiaan mak dan abah yang aku harapkan.....
Aku Anak Mak dan Abah......

No comments: