Friday, 4 November 2011

Perasaan Yang Pelbagai Rasa

Lama betul saya tak menuliskan? Hambatan kesibukan memaksa saya untuk melupakan seketika perkara yang cukup saya gemari iaitu menulis, Pada saya melalui tulis saya mampu menghamburkan sejuta rasa yang saya simpan dalam hati sama ada sedih, pedih dan gembira. Asal saya seorang sahaja yang tahu..lagi sesuai rasanya mencurahkan apa yang saya rasa melalui tulisan tanpa menyakitkan hati sesiapa pun.
Banyak yang mahu saya kongsikan...pertama mengenai Facebook, atau lebih senang dipanggil muka buku. Melalui Facebook saya mengenali banyak rentak manusia, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dan tidak ketinggalan Tua dan Muda. Mengenali Facebook melalui sahabat sepejabat pada tahun 2009 saya mula mengenali Facebook dan kini saya rasa dah masuk 2 tahun saya tidak pernah berenggang dengan laman sosail yang cukup digemari, sama ada tua dan yang muda.
Jujur saya katakan melalui Facebook juga saya menilai hati manusia. Bermacam luahan rasa yang dibaca dan terbaca, kadang2 agak seronok dan lucu...Ya memang hebat penangan MUKABUKU atau FACEBOOK ni. tidak terkecuali saya sendiri. Benar kata sahabat saya dalam FB boleh tengok Rumah org sampai ke tandas sekali pun...hahaha....itulah penangan FB..
Tapi yang pasti saya amat seronok membaca luahan dan kritikan sahabat2 FB sama ada baik atau buruk yang pasti saya suka membaca teguran, komen dan luahan rasa sahabat2 FB.
Cuma apa yang saya cukup tak gemari ialah FB dijadikan medan mengutuk dan mencerca serta memfitnah orang lain. Itu yang saya amat sedihkan. Kadang2 lebih dasyat bila kita di kata macam2 sedangkan kita sendiri tak tahu pun apa sebenarnya berlaku. Saya pernah mengalami situasi ini, di mana seorang sahabat pernah menghamburkan kata2 dan fitnah yang cukup buat saya berkecil hati. Sedangkan sahabat saya itu cukup mengenali siapa diri saya yang sebenarnya.
Tapi seperti biasa saya lebih suka berdiam dari membalas kata2 yang dilamparkan kepada saya dalam masej di FB, Tapi jauh disudut hati saya cukup berkecil hati sehingga saya bertanya kepada diri saya sendiri sejahat itukah saya? Sedangkan dia tahu selama persahabatan kami saya tidak pernah mengambil kesempatan walau sekecil zarah sekalipun. Punca perselisihan faham itu hanya kerana saya dihimpit oleh tugasan kerja yang terlalu ketat sehingga menjarakkan ruang diantara kami, tapi demi allah saya bukan mahu menjauhkan diri cuma saya perlukan sedikit masa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja dan pelajar.
Tapi tuduhan yang diberikan membuatkan saya terfikir, apakah nilai pershabatan itu kalau saya tidak dihargai dan hati saya disakiti sedangkan dia sendiri cukup mengenali siapa saya. Akhirnya persahabatan itu terlerai juga...Biarlah..kalau itu yang terbaik...saya tidak mahu hati dan perasaan saya disakiti..Saya cuma mahu dihormati sebagai sahabat saya mahu menjadi sahabat yang terbaik...tapi lain pula jadinya....
dan kini....di Muka Buku saya temui sahabat2 yang cukup mengembirakan saya, Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat saya,
Saya sayang anda semua
Bila Hati Mula Berbisik
Mizz Tiny

1 comment:

Bisikan Hati Seorang Aku said...

FB mempunyai pelbagai rasa.... kadang2 kita tak terlepas dr merasainya...