Friday, 24 February 2012

Menilai Kerana Allah

Memang kita manusia yang lemah....seringkali alpa bila dikuasai nafsu yang pelbagai....
BERSIKAP adil terhadap kawan dan lawan amatlah sukar. Namun itulah tuntutan Islam yang agung ini. Hati manusia biasanya akan berpihak kepada orang yang disukai, sekalipun dia di pihak yang salah. Sukar pula untuk menyokong orang yang dibenci, sekalipun dia di pihak yang benar. Apabila perasaan tidak terkawal atau berdisiplin dengan ajaran Islam, maka insan biasanya akan mencari justifikasi untuk membela kesilapan orang disukainya.

Dalam masa yang sama, dia mungkin akan mencari ruang untuk mempersalahkan orang yang dibencinya. Sikap seperti ini menjadi barah kehidupan. Jika ia menguasai masyarakat, kebenaran akan terhapus dan kebatilan akan dibela.Sikap ini hadir kadangkala disebabkan taksub yang berlebihan, atau kebencian yang berlebihan, atau sayang yang berlebihan, atau adanya kepentingan tertentu di sebalik kebencian yang dipamerkan atau sokongan yang diberikan.Hasilnya nanti, ketidakadilan hukuman atau penilaian akan berlaku. Kebenaran akan dinafikan hanya kerana kebencian. Kesalahan akan dinilai dengan kebaikan hanya kerana ketaksuban atau kecintaan atau kepentingan.

Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip, akan mudah menerima khabar buruk orang yang dibencinya. Maka banyaklah berita buruk tersebar tanpa bukti dan dalil. Justeru itu Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar (riwayat Muslim).
Untuk mengubah keterbiasaan itu amat sukar, apalagi kita sebagai insan yang serba kekurangan. Perasaan Benci, suka, sayang dan pelbagai adalah lumrah kehidupan. Saya pernah mendengar keluhan seorang sahabat..walaupun dia melakukan kerja dengan begitu hebat, namun saya tidak nampak dimana kekurangan beliau sehingga dia tidak disukai oleh rakan sekerja...Namun saya percaya mesti ada sebab kenapa dia tidak disukai ...hanya Dia dan Allah sahaja yang mengetahui.
Saya sendiri cukup takut kalau2 rakan menilai saya sebagai seorang wanita yang keras Hati, Hati Batu dan saya akui saya mempunyai sedikit sikap cepat marah bila sesuatu perkara yang berlaku bukan disebabkan saya atau pun org mencari pasal dengan saya...Cuma bila sampai satu tahap saya tidak boleh mengawal emosi...saya pasti akan mencari sedikit ruang disudut mana pun utk saya menangis...menangis dan terus menangis....saya cuba bermuhasabah diri menerima setiap kelemahan dan kekurangan rakan2 seperti mana mereka menerima kelemahan dan kekurangan saya....saya percaya satu hari saya juga akan melakukan perkara yang sama justeru itu saya pujuk hati dan perasaan utk menerima segala yang berlaku kehendak tuhan....
Penilaian Manusia selalunya tak tepat....menilai dengan hati dan perasaan tak kala rasa amarah menguasi hati dan fikiran sehingga kita lupa dengan sedikit kebaikan yang pernah mereka berikan...sebab itu saya sering muhasabah diri...menerima bahawa saya juga ada kekurangan...
Sahabat....tak kala hati ini berdetik...saya mohon 1000 kemaafan seandai ada hati yang terluka...saya mohon kemaafan...dan yang pasti saya hanya manusia biasa.....justeru itu saya cukup takut untuk menilai manusia lain...kerana saya juga bukan manusia yang sempurna di sisi Allah...S.W.T
Salam Sayang

No comments: