Sunday, 24 June 2012

CATATAN KEMBARA 3 HATYAI-BANGKOK THAILAND (23.6.2012)

Salam sayang dari Bangkok, Alhamdulilah buka saja mata seawal pagi mengikut jam thailand pukul 7.00 pagi lebih kurang, aku dah tak boleh tidor. Hati berdebar2 tak tau nak kata bagaimana. sbb mcm2 cerita yang aku dgr mengenai bangkok...tapi aku tekad..wlupun tidor mlm tadi agak tidak selesa..sakit pingang , bangku pula lurus ke depan...adeh...sakit badan jugak lah ceritanya.
Celik mata aku terus basuh muka, badan kelat jgn cerita 2 hari tak mandi...maunya mcm2 rasa..cuma bersihkan apa yang patut sahaja. supaya tak rasa melekit semacam. Menikmati keindahan pagi, menuju ke Bangkok sawah padi luas terbentang..rasa mcm kat kedah pula. hehe
Semakin dekat dgn Bangkok semakin kelihatan Bangunan tinggi2 rasa macam Kat KL.

Sesampainya di Stesen Keretapi Bangkok arah pertama yang aku tuju ialah mencari Teksi atau apa sahaja pengangkutan untuk membawa aku ke Khousan Road. Kawasan Backpakers utama dunia. Tak susah untuk mencari teksi (saya cadangkan pada rakan2 yang ingin ke Khoasan Road baik naik teksi) harga teksi dalam RM15.00 duit malaysia dan duit bath pula bth150 sahaja. O ya seperkara saya nak pesan kalau pemandu teksi nak bawa anda ke mana menaiki teksi tak payah lah ikut. saya cadangkan baik ikut agensi travel lagi murah. pemandu teksi ni offer nak bawa saya ke Pasar Terapung dgn bayaran Bth 1,000 bersamaan RM100.00 pergi dan balik. mahal kan? sedangkan bukan nyer nak berjam2 pun ke pasar terapung tu.ahh yang ni nanti saya ceritakan perjlnanan ke Pasar Terapung tu.

Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan saya dah sampai di Khoasan Road. Di mana kawasan tumpuan utk backpakers ni. Maksud backpakers ni ialah org yg bw beg sikut mcm org putih tu...hehe pada mrk yg saja seronok utk berjln baiklah pergi dgn cara backpakers ni. sbb bajet agak murah berbanding duduk hotel jenama mahal2. Kalau yg dtg utk meeting atau rasa nak selesa baik tak payah lah duduk area Khoasan Road ni...sbb kawasan kat sini senang cakap macam Bukit Bintang.Mat salleh saja yg ramai. Melayu pun boleh bilang dgn jari.

Utk cari guess house amat mudah dan senang. Kat sini tumpuan rumah penginapan sgt banyak sehingga ada serendah BTH350 maksud nya RM35.00 (Tiada aircon ada kipas) dalam dok mencari2 saya terjumpa guess House yang agak selesa dan selamat. Marcopolo Guess House. RM55.00 semlm. (Aircon, Bilik Air kat dalam dan Soket Cas ) ada disediakan.Oklah tu.

Sesampai di bilik perkara pertama yang saya lakukan ialah membersihkan diri. MANDI..MANDI...huh...nikmat betul rasanya dapat membersihkan diri, selesai semua saya keluar menuju ke pasar minggu yang terletak di Chatuchak. (Di Mana Barang Seluruh Dunia kononya Di Jual di sini, ada terdapat 500 buah gerai, kiranya macam tamu lah or pasar minggu yang hanya di buka pada sabtu n ahad..Nama Tempat ni Chatuchak tambang dari Khoasan Road hanya 200 btah bersamaan RM20.00 —)

Pasar ini hanya buka pada Hari Sabtu dan Ahad. Sesampainya di Pasar Chatuchak ni mmg saya sgt terpegun. bgkan 500 gerai lebih kot ada kat sini.mmg kaki tak boleh nak tahan klu melawat semua gerai2 ni..kat sini dapatlah saya beli sepasang seluar pendek yang agak murah berharga Bth290. sedangkan seluar yang sama saya beli kat Langkawi berharga RM40.00

Lepas dapat seluar tu perut pun mula rasa lapar.Bayangkan semua makanan yang ada kat sini bukan Halal.pusing punya pusing, tanya bertanya saya jumpa juga akhirnya gerai nasi ayam satu2nya org islam Halal kat sini. dan nasi ayam itu juga sgt sedap mmg sesuai dgn selera kita org Malaysia. Gerai Nasi Ayam tu dalam Lot No 5.cari Lot ni baru jumpa gerai tu.

Selesai dari sini saya terus ke salah sebuah Shopping Mall terbesar di Bangkok (Saya naik Tut2 utk pergi Shopping Mall Terbesar di Bangkok...rasa seram pun ada takut beg or saya melayang!! Tambang dr pasar ke shopping Mall naik tut2 cuma RM20.00 duit Malaysia.. Nanti sya poskan gambar pengangkutan yang di namakan Tut2..)

Kat sini walaupun shopping mall, ada juga gerai2 yang menjual pelbagai jenis baju dan beg jenama tiruan. kat sini saya cuma berjln n tgk2 saja. Kebetulan byk sgt offer sehingga 70% tapi ntah saya tak minat pula tgk jenama2 yg biasa saya tgk kat malaysia..mcm tak cantik.

Penat menjelajah kawasan ini saya balik ke Khoasan Road lebih kurang pukul 7 lbh. Sgt letih tapi seronok.
Selepas mandi saya keluar utk menikmati suasana malam kat sini. mmg meriah..meriah dgn Pub..buat saya rasa cukup tak selesa.Bising..so saya ambik keputusan utk pergi ke Spa saja. SPA juga amat murah massage for 1 Hour hanya RM28.00 sahaja. selepas massage saya makan di kawasan ini juga kebetulan jumpa kedai india yang halal so apa lagi makan je lah.

Selesai makan saya balik ke Bilik. Esok pagi akan menjelajah Pasar Terapung pula. Harga ikut Guide hanya RM25.00 utk setengah hari. Cukuplahkan buat apa lama2 kat sana bukan nak angkut barang2 kat sana pun. Selesai semua saya pun balik ke Bilik. rehat dulu utk sambung perjalanan esok. Esok kita sambung lagi ye...selamat malam semua...agak penat dari pasar terapung tadi. Salam sayang dari Kota Bangkok.

No comments: