Saturday, 30 June 2012

CATATAN KEMBARA 4 HATYAI-BANGKOK THAILAND (24.6.2012)

Salam..agak letih hari tu sepatutnya saya nak menulis mengenai perjln ke pasar atas sampan tapi agak letih tertidor awal.
Ok kita bercerita pasal pengalaman perjln ke sana, agak memenatkan perjln ke floating Market di Dumneon Saduak. Perjlanan mengambil masa selama dua jam lebih kurang. sempat tidor lagi dalam van hehe. o ye trip ke floating market ni sebenarnya ada dua pilihan. sama ada nak pergi yg sehari atau pun haf day. Bayaran utk half day hanya RM25.00 sahaja duit malaysia n duit thailand sebanyak bath 250.00. saya rasa kalau setakat utk berjln2 melihat suasana kat sini lebih elok ambik trip half day sahaja. sebab semua barang2 yang dijual kat sini boleh didapati di tempat lain seperti koasan Road yang jauh lebih murah.

Seawal pagi kami di minta utk menunggu van yang akn membawa kami ke sana. Lebih kurang terdapat 14 penumpang yg datang dari pelbagai negara ikut serta dalam van tersebut utk dibawa oleh tour service (kalau mahu datang ke floating market saya cadangkan baik guna ikhdmat Tour)

Sempat lagi tidor dalam van sebab perjalanan agak jauh dan memenatkan. mungkin bangun awal pagi agaknya mata pun masih mengantuk kan?
sesampai di floating market di Dumneon Saduak ini perkara pertama yang kami harus buat ialah menaiki boat yang disediakan oleh tour untuk membawa kami meninjau sekitar kawasan ini. Agak seronok dan mengujakan..ialah mana pernah saya melalui pengalaman yang serupa ini kan?
adalah lebih kurang 20 minit kami di bawa bersiar2 sahaja di kawasan ini yang dipenuhi lebih kurang 300 buah gerai dan sampan yang menjual pelbagai barangan.

Selesai perjlnan 20 minit menggunakan boat berenjin kami dibawa ke tempat di mana kawasan tersebut adalah kawasan pertemuan. Ingatkan perjlnan kami berhenti setakat kat situ sahaja sebenarnya tidak. sampai kami dikawasan pertemuan itu kami dikumpulkan dan diberi taklimat khas sekiranya kami mahu melawat lagi sekitar2 kawasan tersebut kami dikehendaki membayar bth15,00 bersamaaan RM15.00 seorg. so saya mengambil keputusan utk menaiki sampan yang hanya dikayuh dengan bayaran RM15.00.

Pelayaran menggunakan perahu kayuh ni kami di bawak ke satu gerai ke satu gerai. disamping tu kami di bawa melihat2 sampan2 yang menjual pelbagai jenis barang2 atau makanan.
Tapi barang yang dijual kat sini agak mahal. so saya fikir baik n lebih elok saya beli kat tempat yang jauh lebih murah kat koasan Road. siap boleh tawar2 lagi..

Selesai di bawa bersiar2 kat sini..perut rasa agak lapar. Ya Allah nak cari makanan halal cukup susah. dari hujung ke hujung gerai semuanya ada spesis tu dijual. so mmg tak boleh makan langsung. paling2 telan air liur saja. tapi saya tak berputus asa.cari n tanya akhirnya saya jumpa juga satu2nya gerai makan melayu yang menjual makanan melayu. Alhamdulilah Nasi Goreng dengan telor nescafe ais kenyanglah perut.

Selesai lawatan ini tgh kami semua dihantar balik ke koasan Road. Alhamdulilah. Sampai di koasan Road perkara penting yang harus saya lakukan ialah membersihkan diri mandilah...

Nanti saya sambung semula cerita saya,  apa aktiviti malam yang saya lakukan..hehe..shhhhh Biarlah Rahsia....

2 comments:

MAYA KARMILA said...

ok faham heheheh

MAYA KARMILA said...

percubaaan mengomen lagi hahahaha