Tuesday, 11 June 2013

Contohi Sistem Pengangkutan Singapura

Aduh saya dah tak larat nak drive setiap pagi..apa lagi untuk berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang sangat melemaskan jiwa dan raga.
Setiap pagi jadual seawal pagi seusai subuh pastinya berkejar2 utk menyiapkan diri ke pejabat.
 
 
stress amat kalau mcm ni hari2..
 
sampai office sure mcm ni ...hahahaha
 
 
bercerita soal kesesakan jalanraya, saya sangat tertarik dengan sistem pengangkutan awam di negara yang saya lawati baru2 ini...iaitu singapore. Keadaan pengangkutan awam yang sangat baik, bersih dan ciri2 keselamatan pengguna sangat di titik beratkan. Jangan risau tentang ketepatan masa Bas, MRT dan LRT di singapore 100% tepat masa dan anda pasti tidak akn tertinggal mahupun terlepas masa berdating atau bermesyuarat. Baca di sini Sistem Pengangkutan Di Singapura
 
Berada di singapura saya tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, kerana saya lebih berminat menggunakan sistem perkhidmatan awam yang terdapat di satu2 negara yang saya lawati.
Tidak terikat dan tidak terikut masa orang lain. Saya yang tentukan sendiri pukul berapa mau bertolak dan ke mana hendak bertolak. Rasanya cukup berbaloi. Naik bas dan MRT serta LRT dibantu oleh petugas2 kaunter di setiap stesen yang saya temui cukup buat saya berpuas hati.
 
Lupa utk saya ceritakan bahawa dalam Bas, MRT dan LRT disediakan Kamera Tertutup CCTV utk meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Di setiap stesen MRT dan LRT, Mall dan kawasan reakreasi disediakan kamera litar tertutup, tujuannya 1. Keselamatan dan 2. Kebersihan (AWAS, anda dilarang membuang sampah merata2, anda boleh didenda US Dollar Singapore 500 sekiranya membuang sampah merata2). Pengguna OKU juga mempunyai peluang utk menaikiPengangkutan awam spt Bas dan MRT serta LRT. kerana ruang utk mereka ada disediakan.
 
Saya amat mengharapkan agar Malaysia Khususnya Sabah  mempunyai pengangkutan awam yang cukup selesa, sistematik, selamat dan Bersih seperti negara singapura. Tak perlu ada LRT dan MRT cukup adanya BAS seperti Rapid KL yang selesa, selamat dan Bersih cukup utk menjadi pilihan rakyat sabah yang mempunyai kenderaan utk berkerja memilih Bas sebagai pegangkutan utama. secara tidak langsung masaalah atau isu kesesakan jalanraya di kawasan tumpuan akan dapat diatasi.
 
Bukan seperti sekarang, pengguna Bas seperti Ikan Tin iaitu ikan Sardin CAP AYAM yang disumbat hingga sendat sehingga tiada ruang utk bernafas, pengguna OKU juga tidak mempunyai pilihan, Jauh sekali aspek keselamatan pengguna wanita yang terdedah dengan lelaki yg kurang Akal. Kes Bodek pengguna Bas juga semakin berleluasa kerana aspek keselamatan di dalam Bas tidak di amalkan.
 
Harapan saya terlalu tinggi utk melihat sistem pengangkutan awam di Malaysia semakin dewasa selaras dengan negara Maju 55 Tahun......

Mizz Tiny


2 comments:

Balqis Nazid said...

salam... saya suka sistem pengangkutan awam Singapura.. bas lambat kalau kastam jammed.. lain tu sangat efisyen..

Mizz Tiny said...

Setuju... Betul kata Balqis Nazid, pengalaman saya berada di Singapura menggunakan pengangkutan awam buat saya rasa tak sabar tunggu malaysia akn laksanakan sistem seperti di singapura khususnya di sabah...:)