Friday, 14 June 2013

CUTI-CUTI SINGAPORE PART 1

Patut dah lama saya poskan entry ni tapi penyakit malas dah menyerang so berabad lah juga saya simpan cerita Cuti2 Ke Singapore.
Sebenarnya tak ada plan nak bercuti ke Singapore ni, percutian yang diplan sebenarnya nak ke China n Hongkong bulan jun ni, ...semuanya plan last minit. kebetulan En Hubby dihantar posting kat johor utk training...saya pun ambik le kesempatan utk ajak En hubby bercuti ke Singapore.
Then dia kata okies...so apa lagi melompatlah saya bila En hubby bagi green Light belikan tiket saya pun fly ke johor pada 14.5.2013. Kebetulan Hubby kata dia ada cuti 3 hari so makna nya dia ada free 3 hari utk bercuti2 malaysia dengan saya...hehe tq sayang...

Hehe ni lah Cinta Hati Saya....AKA my Hubby yang TERCINTA

hehe si hubby lagi teruja bercuti dari saya....hahaha

Ok lah teruskan cerita... saya sampai dah petang kat johor, Janji dgn hubby tunggu kat stesen KTM di JB, senang n mudah utk kami terus ke Singapore menaiki KTM. Kalau rakan2 nak ke singapore jimat skit lah kalau nak Keretapi, Tiket Tambang RM3.00 sahaja. perjalanan pun tak jauh rasanya dalam 20 minit je utk sampai ke singapore. yang penting jgn lupa bawa pasport je.

Panduan yang Rakan FB bagi utk ke Tempat yang saya nak Tuju...haha siap tulis tu...Thanks Rakan2 FB yg bantu bagi guide ,...:)

Ini resit pertukaran Wang...Hubby tukar RM2,000 dapat cuma USD Sing 800 lebih je...Mahal...sebab tu tak nak shopping kat singapore

Tiket  Keretapi RM3.00 sahaja, Naik teksi mahal RM60.00 duit Malaysia..elok simpan buat makan hehe.

Ni yang paling penting kalau Nak merantau...haha


Hehe ni saja2 nak tgk...hehe padahal depan mata je



hehe ni saya...dalam penat2 pun sempat berposing...kata Hubby saya pantang jumpa kamera...hahaha
 Oppss ada 1 pic lagi saya lupa nak uplaod...


Ni hotel tempat kami tinggal...main belasah je pilih Hotel...s
lagi elok tinggal di johor..kalau nak jimat bajet...tapi saya rasa hotel ni pun berbaloi juga lah tempat saya tinggal.. saya tempah melalui online di AGODA HOTEL byk pilihan kalau nak pilih Hotel kat sini...dari yg murah sampailah yang 5 Bintang...tapi saya dan hubby memilih Hotel ni utk tempat tidor, berehat dan mandi sahaja...so kami tak kisah sangatlah mengenai Hotel yang penting selamat.

Kami sampai Singapore dalam lebih kurang 5 petang, selesai melalui proses Imgresen Singapore kami mencari Bas utk ke stesen MRT, agak jauh juga tempat penginapan dengan stesen Keretapi. O ya nak inform pada rakan2 yang hendak ke singapore melalui KTM..sampai di KTM anda dilarang mengambil gambar. sehingga keluar pintu pemeriksaan imgresen. Pihak keselamatan di sana ada kuasa utk menahan Kamera anda sekiranya mereka terlihat kita mengambil gambar di kawasan yg dilarang. Denda dalam USD Singapore 500.

Bas sangat mudah utk didapati di sini. Hanya Hafal no2 Bas dan jgn segan2 utk bertanya, lagipun kerani2 di stesen MRT n LRT semua ramah2 n bersedia membantu. Cuma tunjukkan kepada mereka tempat penginapan kita then mereka akn tunjukkan arah ke mana dan di mana harus kita berhenti dan mengambil transport yang lain. dari KTM kami menaiki Bas menuju stesen MRT Sembawang utk menaiki LRT di stesen City Hall. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit, agak jauh juga. Di stesen City Hall kami berhenti... (Jangan risau MRT dan LRT satu tempat sahaja), dan menaiki LRT menuju ke stesen Aljunied. O ye utk maklumkan rakan2 kerani kaunter akan bagi kita satu peta kecil Map Perhentian LRT dan MRT utk panduan dan memudahkan kita seperti ini.

Map MRT n LRT yangs angat membantu


Tiket MRT n LRT semua beli kat sini..so sediakan Wang Kecik ye...

Sampai dah Stesen Aljunied

Dari stesen ni tak jauh dah dari tempat penginapan... So hari pertama sampai..kami tak ke mana2 ..lagipun sampai kat Hotel pun dah malam...so saya dan Hubby putuskan utk berehat saja kat Bilik...lagi pun lenguh kaki n badan jangan cerita,...hehe ..ok Nanti saya sambung lagi Part kedua Cuti2 Singapore ye...

Mizz Tiny


No comments: