Friday, 5 July 2013

Erti Pengorbanan dan 1000 Penghargaan....

Alhamdulilah....4 tahun mengalas tanggungjawab yang diamanahkan akhirnya hari ini saya dengan rasminya melepaskan jawatan dan memberikan peluang kepada sahabat yang lain utk menggalas tugas yang selama ini saya pegang...
Bukan mudah utk memikul tanggungjawab tersebut kerana ia memerlukan pengorbanan yang cukup hebat dan besar...
Namun saya tidak pernah mengalah dan putus asa...Tanggungjawab saya pikul dengan penuh komited dan amanah...yang penting tugas selesai dengan jayanya dan Boss saya berjaya meraih KPI dengan cemerlang...

TAPI....

Bukan mudah utk membantu mengangkat organisasi menjadi yang terbaik dan Terhebat...dugaan dan cabaran sentiasa ada utk menguji ketahanan mental dan emosi saya...Saya juga manusia biasa....kdg2 kesabaran dan ketabahan saya di Uji...adakalanya saya kalah tapi saya tetap mahu hasilkan yang terbaik dan terhebat utk organisasi yang saya.

Belum lagi di kira masa yang banyak dihabiskan dengan komitment kerja yang menimbun...Kadang2 rumah hanya persingahan kerana ruang masa saya banyak dihabiskan dengan tugas dan kerja serta arahan dari masa ke semasa.

Namun saya bersyukur punya sahabat2 yang setia dan cukup memahami saya, Punya keluarga dan suami yang cukup memahami....Thank You So Much....klu bukan kerana mereka saya rasa saya tidak mampu utk mengalas tanggungjawab ini sebaik yang mungkin....

Namun pun begitu saya bersyukur kerana berpeluang berjumpa dengan orang2 yang hebat, punya idea yang brilliant dan berkerjasama dengan rakan2 yang komited...serta menimbu ilmu yang cukup berguna utk kerjaya saya....

Semoga selepas ini saya mampu utk menumpukan sepenuh perhatian kepada Tugas dan pelajaran....saya mahu berjaya utk kedua2 bidang yang saya ceburi ini.....Amin....

dan yang paling penting...

Saya dapat meluangkan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga serta keluarga dan yang YANG SANGAT2 SAYA HARAPKAN IALAH mendapat zuriat memandangkan usia saya pun dah menjangkau 37 tahun...

DOAKAN SAYA AGAR DAPAT MENJADI SEORANG IBU YA.......

No comments: