Sunday, 25 August 2013

CUTI-CUTI BATAM INDONESIA (VIETNAM KEM) PART 2

Asalamualaikum semua.... agak lama aku nak habiskan n3 ni kan...? Aku baru habis final exam...so masa agak terhad....so byk lah cerita yang tergendala nak tulis...Exam  dah selesai boleh le aku memulakan aktiviti penulisan dalam blog ni...hehehe

Anyway aku nak kongsi cerita Part ke 2  Aku dan Mr Hubby di Pulau Batam..seperti yang pembaca tau..perjlnan ke Batam ni x ada plan sebenarnya...so aku n hubby blur pada awalnya sebab tak tau nak ke mana n apa yang best serta menariknya di Batam ni. Tapi seperti biasalah aku usaha juga nak cari tempat menarik dan apa yang boleh aku bawa sebagai ingatan dan tanda kenangan di Pulau Batam.

Yup..bertanya dan mencari search Google akhirnya aku berminat utk pergi dua tempat di Batam PERTAMA...tentunya Kem Pelarian Vietnam di Pulau Batam. Menurut receptionist yang bertugas di Hotel tempat aku menginap ni. Kem Pelarian Vietnam Pulau Batam Indonesia merupakan tempat sejarah yang sering dikunjungi oleh orang luar. Tak sah lawatan ke Batam kalau tidak singgah ke Kem tersebut. Baca Di Sini  Banyak Info tentang Kem Vietnam di Pulau Batam ni di Google, Ramai juga sahabat2 dari Malaysia yang pernah singgah ke sini bila sampai di Batam.  Di Sini  Di Sini  Di Sini Ni aku sharing info mereka2 yang pernah pergi ke Batam...Kot2 ada info tambahan yang aku rasa perlu korang tau ye tak atau aku ada tercicir ke..hehe

Then aku pun plan dgn En Suami macam mana perjalanan kami esok....
Peta Pulau Batam, Kem Vietnam Letak Kat Bawah Yang Ada Jambatan Tu.. 
 Perjalanan Ke Kem ini agak jauh, mengambil masa dalam 2 jam, ni dah campur mecet, dah campur congak semua so dua jam jugalah perjalanan kat sini.... aku sempat lelap lagi hehe

Sampai kat sini...kami dikenakan bayaran masuk sebanyak 3Rupiah kalau x silap aku lah..Bayaran masuk mmg tak mahal pun.. O ye aku ke sini naik teksi, Bayaran pun x mahal sangat...tapi kena pandai menwar le...lebih kurang dalam RM 50 kot...duit malaysia. Kat sini memang tak ada disediakan pengangkutan awam..so sesiapa yang nak datang ke sini elok naik kenderaaan berbayar atau sewa..senang nak ke mana2. Jalan agak jauh sebab tu agaknya tak ada pengangkutan awam,

Agak seram jugalah bila masuk kat sini, Lagipun orang tak ramai sangat. So aku nasihatkan pada ibu bapa yang nak mai sini elok x payah bawa budak2 kecil,...tak sesuai dengan persekitaran di dalam ni.
Agak seram, sunyi dan bagi aku ada sedikit takut le...hehehe ...mau tak takut...macam2 ada kat sini.... Bulu tengkuk pun berdiri start masuk kat kawasan yang sunyi ni...

Mangsa Perang Pelarian Vietnam ni bukan calang2 orang..mengikut cerita yang disampaikan..Ada yang Doktor, Usahawan dan mereka2 yang mempunyai perkerjaan yang agak Baik. Sejarah Kem Vietnam
Pengunjung yang memasuki pulau ini akan disambut dengan Patung Taman Humanity atau Patung Kemanusiaan. Patung ini menggambarkan sosok wanita yang bernama Tinhn Han Loai yang diperkosa oleh sesama pengungsi. Malu menanggung beban diperkosa, akhirnya ia memutuskan bunuh diri. Dalam rangka mengenang peristiwa tragis itulah maka patung ini dibuat oleh para pengungsi.
Ini Patung Yang Di Maksudkan 

Ni Nama Dia 

Ni Kiranya Semua Tempat2 Yang Ada Dalam Kem Tu
Ada Hospital 

Ni Serba Sedikit Cerita Yang Terdapat Kat Sini 

Gelagat Kami hehehe Macam Kanak2 Riang Pula 

Ni Lagi 

Perjalanan Nak Menuju Ke Kem..Pasti akan Jumpa Jambatan ni, Ada 6 jambatan semuanya, Tapi ni jambatan palling panjang yang menghubungkan kepada keenam2 pulau kecil yang terdapat kat Sini. SANGAT CANTIK 


Haha...Pic Last..Sempoi...

ok lah cerita kat Kem dah habis...nanti sambung n3 part 3 jeng..jeng....aku ke mana pula part ke 3 ni...bye....

Salam Sayang....

No comments: