Saturday, 31 August 2013

CUTI-CUTI PULAU BATAM-PULAU PENYENGAT PART 3

Salam Merdeka...Selamat Bercuti Buat semua....Alhamdulilah aku berkesempatan utk meneruskan penulisan perihal perjalanan n percutian aku kat Pulau Batam. Done Lawatan kat Kem...esok nya aku meneruskan perjalanan dan percutian ke Pulau Penyengat. Ada yang kata tak sah perjalanan ke Batam kalau tak ke Pulau Penyengat..Then aku sangat2 Teruja utk ke sana sebab aku nak tau apa yang menarik dan apa yang istimewanya kat sana hingga ada tempat itu menjadi tumpuan...

Sedikit Info mengenai Pulau Penyengat Di Sini
SEJARAH SINGKATPulau Penyengat ini terletak di sebelah Barat kota Tanjung Pinang sejauh lebih kurang 1,50 KM. Luasnya tidak  lebih dari 3,50 KM. Sebagian besar penduduk nya bermata pencaharian sebagai Nelayan, buruh lepas, Pegawai Negeri dan pekerja swasta di Tanjung Pinang. Alkisah, legenda mengatakan nama PENYENGAT di berikan kepada pulau ini di karenakan  beberapa waktu yang lalu (sebelum zaman kerajaan) ada beberapa pelaut suku Bugis yang datang mengambil air bersih dan saat itu di serang oleh Penyengat (lebah) yang mengakibatkan 1 orang meninggal dunia. Sejak saat itu, beberapa rekan nya menamakan pulau ini sebagai Pulau Penyengat.
Pada tahun 1803, pulau penyengat di bina pusat pertahanan menjadi Negeri dan kemudian berkedudukan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga. Sejak saat itulah, Pulau Penyengat sebagai pusat pemerintahan, adat istiadat, agama islam dan kebudayaan melayu.
Perkawinan antara suku Bugis dan penduduk asli Penyengat (anak Sultan) di nobatkan sebagai Yang Dipertuan Muda. Ada 10 Raja yang pernah berada di Pulau ini dan yang terakhir hijrah dan wafat  di Singapura yaitu Sultan Abdul Rahman.
Pulau ini merupakan mas kawin atau mahar dari Sultan Mahmud Syah ke-3 untuk Engku Puteri Permaisuri Hamidah. Namun sayangnya beliau wafat di Dabo Singkep hingga makam beliau dan Istrinya terpisah.
Nak ke Pulau Penyengat kita mesti menaiki Ferry, Dari Batam ke Jeti Telaga Punggur lebih kurang dalam sejam kalau Tak sesak. Agak jauh juga dan aku memulakan perjalanan dari Hotel dalam pukul 8.00 pagi sebab kami perlu balik hari itu juga ke Johor sebab Aku n En Hubby kena balik KL esok pagi Fly pukul 9 lbh. Seterusnya, kami menaiki teksi ke Telaga Punggur (penduduk tempatan memanggil ‘Punggur’ sahaja) dengan tambang IDR70,000.00 sahaja (sebuah teksi). Sampai sahaja ke Jeti Punggur, kami membeli tiket feri (pergi balik) melalui perkhidmatan Feri Baruna dengan harga IDR65,000.00 sahaja (open ticket… valid for 1 month)… dan sebelum memasuki kawasan berlepas, perlu membeli pas dengan harga IDR7,000.00 lagi.

Dari Jeti Telaga Punggur kami belayar menggunakan Ferry ke Tanjung Pinang utk ke Pulau Penyengat, Tanjung Pinang memiliki keistimewaan tersendiri kerana kaitannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Riau pada suatu masa dahulu. Budaya dan etnik di sini didominasi oleh keturunan etnik Melayu, Tionghoa, Bugis dan Jawa. Bahasa daerah yang digunakan adalah bahasa Melayu yang boleh dianggap unik serta memiliki daya tarikan yang tersendiri kerana digunakan di bumi Indonesia. Jangan terkejut kalau bahasa mereka di sini macam kita-kita juga, lebih kepada Slang Melayu Johor. Langsung tak dengar loghat Indon..Rasa macam berada kat Malaysia Pula.

Dari Jeti Tanjung Pinang kami terus menaiki bot kecik tambang tak mahal sekitar RM1 je utk ke Pulau Penyengat. Perjalanan lebih kurang dalam 10 minit...Tapi seram juga sebab Boat yang kami naiki langsung tak ada safety..dalam hati aku Tuhan saja yang tahu...Bayangkanlah...nak lalu tengah2 laut semput jantung dibuatnya...

Lagi Cerita Pulau Penyengat Kat Di Sini

“Mengikut catatan sejarah yang ada, kerajaan Melayu Riau Lingga diperintah oleh beberapa orang raja yang terkenal diantaranya adalah Opu Daeng Celak yang memerintah pada tahun 1728 – 1745, Raja Haji yang memerintah pada 1777 – 1784, Raja Jaafar yang memerintah pada 1806 – 1832 dan Raja Abdullah yang memerintah pada 1857 – 1858. Sultan Riau Lingga yang terakhir adalah Sultan Abdul Rahman apabila beliau serta keluarga Diraja berpindah ke Singapura pada 1911 mencari perlindungan daripada ancaman penjajah Belanda. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1913, Penjajah Belanda membubarkan kerajaan Riau Lingga bagi menghalang Sultan dan keluarga diraja yang lain daripada balik ke Riau dan menuntut kembali tahta kerajaan Riau Lingga.”
Namun apa yang menarik perhatian aku sebenarnya utk ke sini ialah mahu melihat Masjid Raya Sultan Riau. Masjid yang berwarna kuning yang dibina pada  tahun 1832  atas arahan Yang Dipertuan Muda VII, Raja Abdul Rahman. Mengikut ceritanya, perkara yang paling menarik tentang masjid ini adalah…  bahan pembinaan bangunan masjid ini antara lainnya adalah menggunakan campuran putih telur dan kapur bagi memperkukuh struktur kubah dan dinding masjid ini.

Kiranya habis juga tempat tu kami pusing sehari dan kami sempat balik ke Johor ikut fery last jam 7 malam.
Alhamdulilah selesai percutian Aku Ke Pulau Batam...Sekang aku merancang utk Cuti2 Guilin-Shen Zhen-Hongkong Insyallah kalau tak ada halangan aku dan suami akan ke sana pada 28hb Disember 2013..Aku harap trip kali ini ke China tak ada halangan, patut aku dah fly ke sana pada Jun 2013, tapi En Hubby tak dapat cuti so..aku lupakan je lah niat tu...Tak sangka pula Hubby dah plan tarikh Baru...THANKS B,

O ye pic kat Pulau Penyengat aku buat kat Posting lain...

Selamat membaca dan terima Kasih mengunjungi Blog aku ni....

2 comments:

ICAZIESYIRA said...

28 dec is insyirah's 11th birthday :) have fun!

Mizz Tiny said...

Happy Birthday utk insyirah...Aunty bg present before fly...hehehe